Siakap Keli

Kemalangan Myvi-Pajero Di DUKE, Hak Penjagaan Anak Yatim Diberi Kepada Ibu Saudara

Kemalangan maut di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) empat tahun lepas meninggalkan kesan mendalam dalam hati rakyat Malaysia. Perlumbaan haram antara beberapa buah kereta Myvi menyebabkan tiga sekeluarga termasuk seorang bayi enam bulan maut apabila kereta Pajero yang dinaiki mereka dirempuh dua buah Myvi yang sedang bersaing sesama sendiri.

Kemalangan yang meragut nyawa Fairuz Nizam Husain, 35 dan isterinya, Nova Safitri Azhari, 27 serta bayi mereka, Nur Firuza Annissa menyebabkan dua lagi anak dari pasangan terbabit menjadi yatim piatu dalam sekelip mata.

Status penjagaan Nur Firuza Amira, 11 dan Nur Firuza Aqila, 8 mendapat perhatian rakyat Malaysia apabila waris kanak-kanak berkenaan mengalami perselisihan faham dalam mendapatkan hak penjagaan kedua-dua anak yatim tersebut.

Dalam permohonan hadanah pada 2 Jun 2015, Yusnida selaku plaintif menamakan Wirda sebagai defendan mengikut Seksyen 81 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 bagi mendapatkan hak penjagaan Amira dan Aqila.

Hari ini, Mahkamah Tinggi Syariah memutuskan hak penjagaan (hadanah) kedua-dua beradik itu berpihak kepada plaintif setelah mendengar keterangan semua saksi termasuk kanak-kanak dan nenek mereka, Wirda Syamsuddin, 56.

Hakim Syarie Zaim Md Yudin menyatakan kanak-kanak itu tidak harus dipisahkan daripada ibu saudaranya, malah laporan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati mereka berada dalam keadaan psikologi yang baik bawah jagaan Yusnidah.

Mahkamah percaya Amira dan Aqila diberi kasih sayang yang cukup serta mereka dikatakan gembira dan selesa tinggal bersama ibu saudara mereka yang dipanggil ‘mama’ sejak kecil.

Walaubagaimanapun, nenek mereka tetap mempunyai hak lawatan ketika cuti sekolah dan sambutan hari raya mengikut giliran masing-masing pada setiap tahun.

Sumber: Bernama

Amira

Love yourself.