Siakap Keli
Foto: FB Ahmad Safiuddin

”Lapangkan Hati, Redha”, Ayah Ainul Mardhiah Kongsi Nasihat Diterima Selepas Bertemu Dengan Guru Sufi

Seperti yang kita tahu, kisah penderitaan adik Auni Mardhiah yang menghidap penyakit kanser Germ Cell Tumor mendapat perhatian meluas di kalangan rakyat Malaysia sehingga sampai kepada golongan-golongan pakar di United Kingdom, hasil bantuan Dr. Amalina.

Ia adalah hasil usaha tidak kenal penat daripada keluarganya, terutama sekali bapanya, Encik Ahmad Safiuddin. Terbaru, lelaki tabah itu telah berjumpa dengan seorang guru sufi bagi memohon keberkatan doa daripada beliau untuk kesihatan dan kesembuhan anaknya.

Malah, guru sufi itu turut mengambil kesempatan untuk memberikan sedikit nasihat kepada beliau dan ia telah dikongsikan melalui akaun Facebook-nya hari ini.

Berjumpa dengan seorang guru sufi, minta doanya buat Ainul Mardhiah.

Guru itu sempat menasihati kami :

“Kamu beruntung, ketika muda Allah sudah uji kamu begini. Saya kira, ujian kamu sungguh hebat.”

“Tapi percaya lah, Allah itu maha adil, Maha mendengar, DIA mahu naikkan darjat kamu untuk pergi lebih tinggi, jika tidak di dunia, pasti di akhirat kelak.”

“Sabar, itu yang Allah mahu didik kamu berdua.”

“Jangan pernah putus asa dengan Rahmat Allah.”

“Disebalik apa yang berlaku, ini semua kehendak Allah, rahsia Allah, tidak pernah ada seorang manusia pun di atas muka bumi ini yang tahu apa rahsia Allah.”

“Banyakkan istighfar (taubat) dan selawat dan salam ke atas junjunganNya. Kerana dua perkara ini mampu mengangkat segala musibah dan ujian kamu.”

 Penyakit itu hak milik Allah, penawarnya juga Milik Allah. Minta kepadaNya apa yang kamu mahu, nescaya DIA akan makbulkan.”

“Dalam ramai-ramai pasangan, kenapa kamu yang dipilih untuk terima ujian seperti ini? Kenapa tidak saya? Kenapa tidak mereka? Kenapa kamu yang dipilih?”

“Sebab kamu berdua mampu. Allah turunkan musibah dan ujianNya selari dengan kemampuan kita, Allah tidak kejam.”

“Lapangkan hati dan redha!”

“Letakkan sepenuhnya kebergantungan kamu kepada Allah! Agar nanti Allah kirimkan manusia manusia baik di dunia ini untuk membantu kamu”

“Sabar. Itu yang Allah mahu tunjukkan”

Walaupun nasihat itu diberikan kepada Ahmad Safiuddin, namun kita juga boleh mengambil nasihat-nasihat berkenaan untuk dijadikan iktibar dan pedoman hidup dalam kehidupan seharian.

Bagi anda yang mahu terus membantu meringankan beban keluarga adik Ainul Mardhiah, anda boleh menyalurkan sumbangan anda ke akaun Ahmad Safiuddin, no. akaun – 554110509928 (Maybank).

Semoga segala urusan rawatan Ainul Mardhiah dipermudahkan oleh-Nya.

Sumber: Facebook Ahmad Safiuddin

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi