Siakap Keli

Majoriti Rakyat Israel Anggap Serangan Ke Atas Palestin Lemah, Tidak Berlebihan

Dalam satu pengundian yang diterbitkan oleh Syarikat Penyiaran Awam Israel, Kan, 53% rakyat Israel berpendapat serangan Israel ke atas Gaza pada Mac lalu bersifat lemah manakala hanya 3% menyifatkan serangan tersebut sebagai berlebihan.

Berdasarkan undian tersebut, 33% rakyat Israel menyifatkan prestasi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berada pada tahap yang rendah manakala 24% menganggap prestasinya baik dan selebihnya sederhana.

Serangan ke atas Gaza menjadi salah satu agenda ahli politik Israel dalam mendapatkan sokongan rakyat menjelang pilihanraya umum mereka pada 9 April yang lalu.

Benjamin merangkap Menteri Pertahanan berkata, “Kami bersedia untuk membalas serangan dengan lebih banyak. Kami akan lakukan apa yang perlu untuk mempertahankan rakyat dan negara kita.”

Menteri Pendidikan Israel, Naftali Bennett dan Menteri Keadilan, Ayelet Shaked menyatakan mereka bakal memperbanyak serangan ke atas Gaza.

“Tindakan mengebom bangunan kosong tidak dapat menghalang Hamas,” ujar Bennett.

“Israel tidak boleh membayar wang perlindungan kepada Hamas. Mereka sepatutnya takut kepada kita. Kita tidak boleh biarkan rampasan ini berlaku,” kata Shaked pula.

Netanyahu memenangi pilihanraya umum Israel 9 April lalu setelah persaingan sengit dengan calon lawan. (Gambar: AFP)

Undian tersebut dibuat berdasarkan serangan Israel pada 25 March lalu ketika Israel menghantar dua briged tentera berjumlah lebih 1,000 orang ke Semenanjung Gaza sebagai persediaan untuk melakukan serangan udara.

Dalam operasi tersebut, Israel mengepung semenanjung Gaza serta menyekat Karm Abu Salem dan Beit Hanoun yang menjadi laluan bantuan ubat-ubatan ke Gaza selain mengurangkan zon memancing di pantai Mediterranean.

Sekatan tersebut disusuli dengan siri pengeboman bangunan-bangunan infrastruktur awam, masjid dan pejabat ketua Hamas, Ismail Haniyeh yang turut memusnahkan 30 buah rumah dan menjejaskan 500 yang lain.

Sumber: Middle East Monitor

Amira

Love yourself.