Siakap Keli
Foto: Faiz Jumari/Shafiee Pie

”Orang Tengah Berbuka, Dia Tetap ‘Delivery’ Barang”, Netizen Kongsi Kekaguman Dengan Sifat Amanah Abang Posmen

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

‘Abang posmen’ sering kali menjadi mangsa untuk dipersalahkan apabila barangan yang dipesan lambat tiba ke rumah. Namun, tidak ramai yang mengetahui apakah pengorbanan mereka sepanjang menjalankan tugasan menghantar barangan kepada pelanggan.

Itulah yang berlaku baru-baru ini apabila seorang pengguna Facebook dengan nama Faiz Jumari berkongsikan kisah mengenai komitmen seorang posmen yang masih bertugas walaupun sudah masuk waktu berbuka puasa.

Sebak masa berbuka tadi,

Masa semua tengah menikmati juadah berbuka, abang posmen ini masih lagi delivery barang. Tugas & amanah no.1 walaupun terpaksa ketepikan untuk berbuka puasa. Boleh je abang ni nak berhenti makan dulu, tapi dia hantar parcel kedai ke kedai.

Cakap kat mak tadi, mak kesiannya abang posmen ni. Di saat semua tengah menikmati makan, dia masih kerja. Agaknya isteri & anak-anak dia tengah tunggu dia dekat rumah nak berbuka sama. Sangat hargai kerja posmen yang banyak membantu dalam melancarkan bisnes Fjglow & bisnes online satu Malaysia. Sangat hargai .

Tahniah abang posmen, Pos Malaysia & Poslaju. Tanpa posmen hebat macam ni, siapalah kami. U are Real Hero! 

Foto: Faiz Jumari

Beliau yang juga usahawan kosmetik FJGLOW turut menyampaikan penghargaan kepada segala jasa pekerja pos yang sering membantu dalam urusan perniagaannya selama ini.

Kiriman ini juga menjadi tular sehingga berjaya menemui insan sebenar di dalam gambar berkenaan. Menggunakan nama pengguna Shafiee Pie, beliau mengucapkan terima kasih atas penghargaan yang diberikan.

Dalam pada itu, kiriman ini turut mendapat perhatian warga maya di mana rata-rata mereka juga menyatakan penghargaan terhadap warga pos. Malah, terdapat juga beberapa pekerja pos yang mengucapkan terima kasih atas penghargaan yang diberikan beliau kepada mereka dan sahabat sejawatan.

Sumber: FB Faiz Jumari

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi