Siakap Keli

Satu Lagi Berita Sedih Dari Alam, Koloni Penguin Maharaja Kini Hampir Pupus Dari Muka Bumi

Tahukah anda, penguin jenis Maharaja iaitu spesis kedua tersebar di dunia hampir hilang di dunia akibat daripada kesan perubahan iklim, menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh penyelidik dari British Antarctic Survey (BAS).

Berikutan daripada itu, ramai pihak menyuarakan kebimbangan. Dalam laporan itu juga turut menyebut bahawa beribu-ribu anak penguin Maharaja mati lemas kerana peningkatan air Laut Weddell, Antartika akibat kehancuran tembok ais yang dihancurkan oleh ribut sejak tahun 2016 dan semakin hancur hingga ke hari ini.

Penguin Maharaja yang tinggal di Halley Bay di Laut Weddell gagal untuk menyelamatkan anak-anak mereka yang lemas sejak tiga tahun yang lalu, kata Peter Fretwell; pengarang bersama laporan itu.

“Sekarang, koloni penguin itu hampir hilang” katanya.

Jenis penguin Halley Bay ini memerlukan ais laut yang stabil untuk membiak dan berkembang. Platform ais ini berlangsung dari bulan April, apabila setiap penguin tiba, sehingga bulan Disember yang ketika itu setiap anak penguin sudah mula menetas.

Gambar: Penguin Maharaja

Pada tahun 2016, ribut menghentam tembok ais di Laut Weddell, begitu juga pada tahun 2017. Ribut yang sama juga berulang kembali pada tahun 2018 dan ini yang menyebabkan kematian hampir keseluruhan koloni penguin Maharaja di tempat pembiakanya, menurut laporan yang diterbitkan pada hari Khamis.

Laporan BAS ini juga melaporkan bahawa sejak tahun 60 tahun yang lalu, keadaan ais di Halley Bay dijangka telah stabil dan dipercayai koloni penguin Maharaja boleh tinggal dan membiak dengan lebih lama. Sehingga baru-baru ini, hanya sekitar 5-9% daripada penduduk penguin yang tinggal iaitu sekitar 14,000 hingga 25,000 ekor sahaja.

Pakar penguin yang juga merupakan pengarang bersama, Phil Trathan menyatakan bahawa tidak mustahil untuk menyatakan bahawa peningkatan air laut adalaha berkaitan dengan perubahan iklim selain kegagalan pembiakan untuk menyambung generasi penguin Maharaja.

“Walaupun masih belum mempunyai kepastian ekologi, model yang diterbitkan mencadangkan bahawa bilangan penguin Maharaja ini akan terus jatuh secara dramatik dan kehilangan 50-70% daripada jumlah mereka sebelum akhir abad ini kerana keadaan ais mencair akibat perubahan iklim”.

BERITA GEMBIRA

Pasukan BAS, yang telah mengesan populasi koloni penguin ini lebih sedekad yang lalu telah menggunakan imej satelit resolusi tinggi untuk menganggarkan jumlah bilangan penguin selepas ribut 2016, seperti yang dikatakan oleh Fretwell yang dikaitkan dengan peristiwa terburuk El Niño.

“Mungkin badai itu telah mengubah keseimbangan air laut yang di rantau ini, mungkin bongkah tempat tinggal koloni penguin telah berubah, atau mungkin keadaan setempat boleh dikembalikan kepada keadaan baru. Ada banyak kemungkinan yang boleh diperkatakan”

“Walaupun masalah yang timbul ini agak menyedihkan, ada satu lagi berita baik iaitu saintis menemui koloni penguin di Dawson Lambton (koloni yang berdekatan) telah meningkat lebih dari sepuluh kali ganda, iaitu sekitar 2,000 hingga hampir 15,000 pembiakan. Hal ini menunjukan bahawa ada beberapa penguin dewasa telah berpindah ke sana untuk mencari tempat pembiakan yang lebih baik memandangkan persekitaran asal mereka telah berubah”

“Ini memberi mereka ketahanan terhadap perubahan cuaca pada masa depan. Kedua, ia menunjukkan betapa sedikitnya kita mengetahui tentang apa yang mendorong perubahan ais laut, yang membimbangkan semua spesies yang memerlukan habitat itu”. 

Fretwell menambah, saintis berpendapat bahawa kawasan di mana spesis itu tinggal akan membuatkan mereka kebal terhadap perubahan air laut kerana cuaca di sana adalah lebih sejuk. “Kami fikir ini akan menjadi satu tempat di mana koloni akan selamat, tetapi ini tidak berlaku,” katanya.

GABUNGAN PEMANASAN GLOBAL DAN RIBUT 

Menurut Convey, salah seorang ahli BAS, ini merupakan kehilangan kali pertama koloni penguin secara drastik.

“Air Laut Antartika diramalkan ada berlaku penurunan dan menunjukkan lebih banyak kemungkinan. Oleh itu, terdapat ancaman yang serupa untuk koloni lain untuk wujud di seluruh bahagian besar spesies” katanya.

Beliau menambah bahawa gabungan pemanasan global dan ribut, yang lebih merosakkan adalah apa yang mungkin akan berlaku selepas perubahan dalam lautan yang dilihat di kawasan ini. “Koloni penguin Maharaja ini adalah spesies penguin yang unik kerana hampir semua sarang koloni yang diketahui ada di atas ais laut, menjadikan ia sangat terdedah kepada perubahan seperti ini,” katanya. 

Tom Hart, ahli penguin dari University of Oxford, berkata “apa yang terjadi kepada koloni penguin ini menimbulkan kebimbangan mengenai ais dan hidupan laut. Kita tahu bahawa ciri-ciri air laut datang dan pergi dan penguin perlu menyesuaikan diri dengan ini. Kebimbangan di Antartika adalah kerana perubahan yang melampau, yang tidak pernah terjadi sejak dahulu”. 

Heather Lynch, profesor ekologi dan evolusi dari Stony Brook University di New York, mengatakan bahawa laporan itu menunjukkan bahawa penguin terdedah kepada peristiwa-peristiwa yang melampau tetapi mereka boleh berpindah apabila perlu. 

Beliau menambah, apa mesej terpenting yang ingin dinyatakan melibatkan isu ini ialah bagaimana satelit membantu memahami pergerakan haiwan. Jika tidak ada sesiapa yang memberitahu perkara ini, mungkin kita sendiri membiarkan haiwan itu mati tanpa sempat berbuat apa-apa.

Sumber: CNN

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia