Siakap Keli

Selain Penting Dalam Masakan, Ini 9 Manfaat Lain Bawang Yang Perlu Anda Tahu

Bawang merah sangat diketahui salah satu punca kesedapan dan menjadi penambah perasa dalam setiap masakan. Tetapi tahukah anda terdapat kegunaan lain bawang merah yang boleh yang bermanfaat untuk kegunaan harian?

1. Menghapuskan bau cat

Bau cat yang baru tidak menyenangkan anda? Letakkan setengah bahagian bawang dalam ruangan bilik dan tinggalkan seberapa lama. Ia membantu menyerap bau dalam masa beberapa jam.

2. Kurangkan bengkak sengatan lebah

Ambil salah satu hirisan bawang dan letakkan di atas kulit yang disengat. Ia akan mengurangkan kesakitan. Trik ini sebenarnya tidak merawat sengatan, ia hanya mengurangkan kesakitan, jadi jika anda alergi terhadap lebah atau sengatan serangga yang lain, pastikan anda mendapatkan rawatan perubatan sekaligus.

3. Merawat luka kebakaran ringan

Bawang tidak hanya baik untuk merawat sengatan lebah, malah boleh dijadikan sebagai rawatan luka kebakaran ringan. Pakar ubat-ubatan rumah, The People’s Pharmacy mendakwa bahawa bawang segar yang dikisar adalah ‘balsem’ yang membantu mengurangkan bekas terbakar di kulit akibat kebakaran ringan. 

4. Supaya avokado kekal segar

Meletakkan bawang ke dalam bekas bersama dengan avokado adalah kaedah untuk membantu ia bertahan lebih lama. Hal ini adalah kerana sulfur dioksida iaitu sebatian yang terdapat di dalam bawang berfungsi untuk ‘memelihara’ avokado dan buah-buahan lain. 

5. Menghangatkan persekitaran yang sejuk

Percayakah anda, bawang boleh membantu menghangatkan rumah dan kereta anda juga. Apa yang anda perlu buat cuma menggosok permukaan cermin tingkap rumah atau tingkap kereta dengan bawang yang dibelah dua. Gula yang terdapat di dalam bawang akan menghalangan kereta dan rumah anda dari berlaku pemeluwapan air di udara. Gula juga membantu memecahkan molekul ais dengan lebih mudah. 

6. Merawat jerawat

Cara mudah untuk merawat jerawat pasir dengan hanya menggunakan bahan-bahan dari dapur ialah bawang, oat dan madu dicampur bersama di dalam pengisar sebelum ditampal ke bahagian muka yang ditumbuhi jerawat. Biarkan selama 10 minit sebelum dicuci dengan air suam. Satu lagi ‘masker’ mudah yang boleh dibuat ialah dengan mencampurkan 1 kuning telur, 1 sudu besar minyak zaitun, 2 sudu besar jus bawang, dan 2 sudu besar jus timun. Ia membantu anda mendapatkan kulit yang lebih baik. 

 7. DIY pewarna anda sendiri

Simpankan kulit bawang yang mencukupi kemudianya bancuh sehingga menjadi pekat sebelum mencelupkan kain ke dalam bancuhan tadi. Anda boleh menggunakan kulit bawang merah atau coklat yang akan menghasilkan pewarna oren, coklat atau keperangan. Anda juga boleh mencuba beberapa dengan beberapa benang lain sehingga ia menghasilkan warna hijau.

8. Membuang karat dipisau

Jika anda mempunyai pisau lama yang sudah berkarat, jangan sesekali dibuang kerana anda masih boleh membuat pisau lama sama seperti baru dibeli. Apa yang anda perlu buat hanyalah menggosokkan pisau berkarat kepunyaan anda dengan bawang besar tiga hingga empat kali bergantung kepada tahap kekaratan pisau. Anda pasti kagum dengan hasilnya. 

9. Bersihkan grill BBQ anda

Letakkan potongan bawang baru pada ujung garpu, potong ke bawah, dan lalukan di sepanjang panggangan. Komponen yang sama dari bawang yang memberikan rasa tajam itu akan membantu melonggarkan kotoran dan bekas makanan yang tersisa. Panaskan grill terlebih dahulu untuk memudahkan kerja pembersihan. 

Sumber: Reader’s Digest 

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia