Siakap Keli
Foto: FB Mak Samonte

(Video)Ayah Kongsi Momen-Momen Lucu Anak Tak Dapat Terima Hakikat Akaun Mobile Legends Kena ‘Banned’ 30 Tahun

Sudahlah akaun permainan video kegemaran di-banned(gantung) 30 tahun, bapanya pula hanya menggelakkannya di media sosial.

Itulah nasib yang dialami oleh seorang kanak-kanak lelaki dari Filipina, apabila akaun Mobile Legends-nya telah di-banned selama 30 tahun atau lebih tepat lagi 10,949 hari 1 jam 23 minit!

Foto: FB Mak Samonte

Bapa kepada kanak-kanak itu telah merakam video dia menangis dan mengirimkan di akaun Facebook-nya, Mak Samonte. Lebih menyakitkan, video itu disertakan dengan emoji ketawa pada kapsyennya.

Anda boleh tonton video penuhnya di bawah:

Bagi penggemar permainan video atas talian, akaun digantung boleh dianggap mimpi ngeri. Namun, biasanya penggantungan itu berpunca dari pemain sendiri di mana kebanyakkan akaun yang digantung adalah disebabkan bermain tipu atau menggunakan cheats.

Untuk pengetahuan anda, Mobile Legends adalah antara permainan video mudah alih yang popular bukan sahaja di Filipina, malah di kebanyakan negara ASEAN lain termasuk Malaysia.

Foto: FB Mak Samonte

Malah, permainan ini juga adalah merupakan antara permainan yang sering dipilih untuk dimasukkan sebagai salah satu acara dalam temasya e-sukan.

Sumber: Facebook Mak Samonte

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi