Siakap Keli

Kira-Kira 180,000 Jemaah Membanjiri Masjid Al-Aqsa, Tunai Solat Jumaat Pertama Di Bulan Ramadan

Sedang kita memandang ringan tentang nikmat kesyukuran yang dikurniakan ke atas negara kita yang aman ini, lain pula nasib kepada umat islam yang berada di negara yang kucar kacir serta terpalit dengan peperangan.

Tidak dapat dibayangkan tentang penderitaan yang dilalui oleh umat islam yang sedang berjuang untuk hidup akibat daripada peperangan yang melanda negara mereka. Kita perlu bersyukur kerana negara Malaysia yang kita duduki hari ini masih lagi aman serta harmoni.

Kita hidup bersama pelbagai kaum dan bangsa dengan perasaan saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Walaupun kita hidup dengan pelbagai bangsa serta berlainan agama, kita diberi kebebasan untuk mempraktikkan ajaran agama masing-masing.

Lain pula nasib yang menimpa di negara tertindas lain seperti yang berlaku di Palestin. Pada hari jumaat yang bersamaan dengan 10 Mei 2019 iaitu semalam, umat islam di negara itu berduyun-duyun menunaikan solat jumaat di masjid yang merupakan salah satu peristiwa terpenting dalam Islam.

Walaupun masjid itu dikawal ketat oleh tentera Zionis, semangat kental yang ditunjukkan oleh rakyat Palestin seharusnya menjadi contoh untuk kita semua. Difahamkan, ada yang sanggup memanjat tembok pemisah yang dibina Israel demi dapat melangsungkan solat jumaat yang pertama di bulan yang mulia ini di masjid tersebut.

Berikutan dengan itu, ikuti perkongsian yang dikongsi oleh Aqsa Sounders menerusi akaun instagram mereka mengenai solat jumaat yang diadakan di Masjid Al-Aqsa sambil dikawal ketat oleh tentera Zionis di sekeliling masjid tersebut.

View this post on Instagram

BAITULMAQDIS: Kira-kira 180,000 umat Islam menyertai solat Jumaat di masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis Timur, hari ini, sempena Jumaat pertama Ramadan, tahun ini, menurut agensi yang mengendalikan kawasan suci itu. Jumlah jemaah yang dilaporkan pertubuhan Waqf itu adalah 50 peratus lebih tinggi berbanding tahun lalu yang merekodkan 120,000 jemaah untuk solat Jumaat Ramadan pertama. Ketua pengarah agensi itu, Azzam al-Khatib berkata jemaah tetap hadir walaupun terpaksa melalui beberapa pos pemeriksaan Zionis dan kewujudan ramai anggota keselamatan Israel. Mujur, ibadat itu berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini. Kawasan dikawal Israel itu adalah tempat ketiga paling suci bagi umat Islam dan ia sering menjadi punca konflik Israel dan Palestin. – AFP #aqsaders #aqsadersforummah #remajauntukaqsa

A post shared by AQSA SOUNDERS OFFICIAL 🇲🇾🇵🇸 (@aqsa.sounders) on

BAITULMAQDIS: Kira-kira 180,000 umat Islam menyertai solat Jumaat di masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis Timur, hari ini, sempena Jumaat pertama Ramadan, tahun ini, menurut agensi yang mengendalikan kawasan suci itu.

Jumlah jemaah yang dilaporkan pertubuhan Waqf itu adalah 50 peratus lebih tinggi berbanding tahun lalu yang merekodkan 120,000 jemaah untuk solat Jumaat Ramadan pertama.

Ketua pengarah agensi itu, Azzam al-Khatib berkata jemaah tetap hadir walaupun terpaksa melalui beberapa pos pemeriksaan Zionis dan kewujudan ramai anggota keselamatan Israel.

Mujur, ibadat itu berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Kawasan dikawal Israel itu adalah tempat ketiga paling suci bagi umat Islam dan ia sering menjadi punca konflik Israel dan Palestin. – AFP

Sumber: Aqsa Sounders

Aqmal Ezany

I write what is right