Siakap Keli
Gambar Hiasan

Belanja Anak Kecil Nugget RM1, Pemuda Ini Tak Sangka Allah Balas Kebaikkan Sekelip Mata Saja

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Seringkali kita terdengar kisah tentang ganjaran yang Allah gandakan bila kita bersedekah. Perkara ini tidak disangkalkan lagi rezeki Tuhan yang luas ini.

Begitu juga apa yang terjadi kepada saudara Saiful Bahari pemilik sebuah syarikat mencuci kusyen kereta telah berkongsi pengalamannya bersedekah dengan hanya RM 1.00 kepada seorang ibu dan anak.

Kejadian ini berlaku di bazaar Ramadan sewaktu dia membeli juadah untuk berbuka. Dia seolah-olah terdengar suara rengekan kecil daripada seorang anak yang mahukan seketul nugget yang berharga RM 1.00.

Untuk pengetahuan, wanita tersebut bukanlah datang ke bazaar untuk membeli makanan tetapi menjual makan dengan meletak juadahnya di salah satu gerai di situ.

Pada mulanya dia berasa terkilan dengan sikap ibu berkenaan yang tidak menghiraukan permintaan anak kecil itu. Disebabkan dia juga mempunyai anak kecil, jadi dia belikan makanan tersebut dan beri kepada anak tersebut sambil menasihatkan wanita tersebut.

Tiba-tiba wanita itu mengalirkan air mata sambil menahan esakan dia memohon maaf kepadanya. Menurut wanita tersebut, bukan dia tidak mahu belikan tetapi dia tidak punya duit. Duit jualannya itu akan dapat pada malamnya.

Wanita tersebut terpaksa menjaga anak-anak yang masih kecil selepas kematian suaminya sejak 4 tahun lalu. Dia tersentak, malu dan perasaan serba salah itu terus menyelubungi dirinya. Dan cepat-cepat meminta maaf kepada wanita tersebut kerana bersangka buruk.

Tanpa bazirkan waktu di situ, Saiful terus hulurkan sejumlah wang kepada wanita tersebut sebagai tanda minta maaf dan bersimpati dengan kehidupan yang dialami oleh wanita tersebut.

“Saya hanya berdoa dan berserah sahaja pada Allah, tiba tiba harini encik datang hulur saya duit, rasa syukur tu memang tidak dapat saya gambarkan.” sambil dia teresak esak menahan air matanya mengalir.

Aku pulak tidak tahan menahan sebak melihat keesaan, kebesaran, pengajaran yang Allah beri berlaku depan mata sendiri.”

Apa yang berlaku sangat diluar jangkaan, pada malam selepas usai solat Tarawih, dia mendapat satu pesanan melalui Whatsapp oleh rakannya yang menawarkan kontrak untuk mencuci kusyen kesemua kereta dikedai rakannya itu.

Ini semua kuasa Tuhan, tambahan lagi buat kebaikan di bulan yang mulia ini, pastinya doa juga termakbul.

Sumber: Saiful Bahari

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang