Siakap Keli
Gambar Hiasan

Dibesarkan Di Rumah Anak Yatim, Wanita Ini Akhirnya Bertemu Dengan Ibunya Selepas 61 Tahun Terpisah

Seorang wanita bernama Eileen Macken berumur 81,tahun yang dibesarkan di rumah anak yatim gembira berjumpa dengan ibunya setelah 61 tahun pencarian ibu kandungnya kini berusia 103 tahun.

Eileen yang dibesarkan di rumah anak yatim sejak berusia 2 tahun tidak gembira seperti orang lain kerana ditinggalkan oleh ibu kandungnya sendiri.

Bermula pada usia 19 tahun, beliau berusaha mencari ibunya tetapi semua tidak berjaya sehinggakan pada usia 81 tahun. Pelbagai cara yang beliau lakukan dan antaranya adalah melalui siaran radio di Dublin.

Selain cara itu, beliau juga meminta orang ramai yang mengetahui saudara atau warisnya agar menghubunginya.

Ketika beliau ingin berputus asa kerana faktor umur yang kian tua, beliau tidak menyangka ibunya masih hidup dan telah berusia 103 tahun. Hasil daripada pencariannya, di bantu oleh anak dan suaminya, mereka terbang ke Scotland untuk bertemu ibunya.

Beliau berkongsi cerita bersama-sama anaknya mengatakan bahawa beliau sangat suka wanita ini dan tidak tahu kenapa tetapi tetap rasa bahagia selepas berpuluh-puluh tahun pencariannya akhirnya ditemukan juga.

Sumber: DailyMail

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang