Siakap Keli

Bubble Pearls ‘Homemade’ Untuk Berbuka Puasa, Lebih Puas Hati Kalau Buat Sendiri

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bulan puasa ni, memang tekak nak makan dan minum macam-macam. Kalau pergi mana-mana, memang mata pandang keliling tengok makanan dan minuman yang dijual. Lagi-lagi dalam cuaca tengah panas, tengok pula air sejuk, lagilah terliur.

Jadi, kalau anda teringin untuk menikmati minuman ala-ala chatime atau tealife tetapi malas untuk beratur atau tidak ada masa untuk membeli, kami kongsikan kepada anda resepi black pearls/ bubble pearls dari tulisan Puan Nurul Atikah Mustafa.

Anda boleh menikmati bubble pearls buatan sendiri, sambil menonton television bersama keluarga.

Bahan-bahanya:

1 cawan tepung ubi

1/2 cawan air panas (untuk uli doh)

Pewarna hitam (pewarna biru+merah+hijau. Ada dijual pewarna hitam di bakery)
*sukatan agak-agak

Secubit garam halus

4 cawan air

1 cawan gula perang

Caranya:

1. Tepung ubi dicampur sedikit garam. Gaul rata. Masukkan air panas sedikit-sedikit sambil uli sampai doh tak melekat di tangan. Jika panas, kacau dengan sudu. Masukkan pewarna dan uli lagi. Jika kering, tambah sedikit air.

2. Kemudian, bentukkan doh tadi bulat-bulat kecil. Nak senang, buat panjang-panjang, kemudian potong menggunakan pisau dan gentel lagi bulat-bulat comel.

3. Masukkan 4 cawan air + gula perang dalam periuk/pan. Biar mendidih api sederhana.

4. Masukkan hasil doh yang bulat kecil itu ke dalam air gula yang mendidih tadi. Pastikan anda menggunakan api yang kecil sahaja. Masak dalam 30 – 40 minit atau sampai likat air gula itu. Kalau masak sekejap sahaja lagi untuk mengelakkan black pearls menjadi liat. .

5. Dah siap, simpan dalam bekas lain beserta dengan air gula tu. Simpan dalam peti ais tetapi pastikan anda hanya ‘serve’ untuk sekali sahaja. Tidak digalakkan untuk dibuat dalam kuantiti yang banyak. Sebab bimbang pearls menjadi keras.


Hidanglah dengan minuman kegemaran anda seperti teh ais ke. Fuhhh nikmat.

Sumber: FB Puan Nurul Atikah Mustafa

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia