Siakap Keli

Jururawat Yang Kematian Ibu Akibat Kanser, Kini Bertarung Dengan Penyakit Yang Sama Selepas Pulang Dari Berbulan Madu

Seorang jururawat yang berusia 26 tahun, Julia Cullen dari Hartlepool, County Durham baru sahaja kehilangan ibunya akibat kanser, kini bertarung dengan penyakit yang sama selepas pulang dari berbulan madu. Dia bekerja di unit rawatan rapi di Hospital Tees Utara selama 60 jam seminggu menganggap yang selama ini keletihanya tidak membimbangkan.

Dia yang masih berdukacita dengan kehilangan ibunya yang melawan penyakit kanser pada tahun 2016, merasa terpukul dengan berita penyakit yang diterima olehnya. Dia juga seorang yang aktif dan sering melakukan senaman.  Selama ini, hatinya akan berdebar-debar walaupun hanya menaiki tangga. Hasil dari pemeriksaan, dia diagnosis leukemia limfoblastik akut, iaitu kanser darah yang berkembang pesat dan agresif. 

Julia, yang berkahwin pada tahun 2018 berkahwin dengan Peter Cullen berkata, keadaan menjadi sukar kerana dia terjadi dan diberitahu tentang berita menyedihkan pada tahun pertama perkahwinanya. Dia yang ketika itu baru pulang dari berbulan madu, dalam keletihan, terkejut akan berita yang diterimanya. Dia juga tidak berapa menikmati bulan madu bersama suami akibat keletihan yang dihadapinya.

Dia yang mudah sangat keletihan, walaupun hanya menaiki tangga untuk berjumpa dengan pesakit, akan berasa keletihan yang teruk. Tidak tahan dengan keadaan dirinya, dia mengambil keputusan untuk membuat temujanji berjumpa dengan pakar untuk melihat keadaan dirinya pada 18 Januari tahun ini.

“Saya ditelefon pada tengah malam, ketika saya sedang tidur. Mereka memaksa saya untuk ke hospital. Suami tidak dapat menemani saya kerana bekerja ke luar kawasan, jadi kakak yang ada dan menemani saya ke hospital”.

“Melihat riak wajah jururawat dan doktor yang menunggu saya, saya dapat mengagak berita buruk yang akan saya terima”

 

Doktor memulakan perbualan dengan memberitahu sel darah putihnya rendah.

“Saya bekerja dengan di wad hematologi, jadi saya tahu apa yang salah dengan saya sebelum perkataan itu keluar dari mulut dotor. Kakak memegang tangan saya dan mula menangis. Dia juga seperti tahu apa yang akan doktor sampaikan”.

Apabila bilangan ‘blast cell’ bertambah, bilangan sel darah merah dan sel platelet menurun, menyebabkan gejala anemia, seperti keletihan, sesak nafas dan peningkatan risiko pendarahan yang berlebihan.

Dengan kira-kira 650 orang yang didiagnosis setiap tahun di UK, kanser sangat jarang berlaku. Terdapat kira-kira 5,930 kes baru di Amerika Syarikat setiap tahun.  Separuh daripada semua kes yang didiagnosis adalah pada orang dewasa dan separuh daripada kanak-kanak, dan ia adalah jenis leukemia kanak-kanak yang paling biasa.

Menurut Cancer Research, UK, kira-kira 70 peratus pesakit akan selamat, dengan orang muda mempunyai peluang yang lebih baik daripada orang tua. 

Julia kini menjalani kemoterapi sehingga empat kali seminggu, dengan garis Hickman, yang merupakan tiub melalui kulit ke urat, dalam bentuk tablet atau disuntik ke tulang belakangnya. Dia juga menyusuh suaminya mencukur rambutnya. 

Pada bulan Ogos, jika masih terdapat bukti kanser, dia mungkin memerlukan transplantasi sel stem. Sel stem dan pemindahan sumsum tulang adalah pilihan lain apabila pesakit tidak bertindak balas terhadap rawatan, dan melibatkan kemusnahan mana-mana sel darah tidak sihat dan menggantikannya dengan sel stem, yang dikeluarkan dari darah atau sumsum tulang.

Rawatan ini snagat berisiko dan mempunyai potensi menyebabkan ketidaksuburan individu. Oleh itu, sebelum rawatan bermula pada bulan Februari, Puan Cullen membuat pembedahan untuk mengeluarkan telurnya supaya mereka masih dapat memulakan keluarga pada masa akan datang.

Jururawat muda mengatakan dia tetap positif dan kuat dengan sokongan keluarganya. Dia berkata, “saya sentiasa cuba untuk kekal positif tentang apa yang berlaku kepada saya. Saya telah belajar bahawa anda tidak dapat mengawal apa yang akan berlaku kepada anda dalam kehidupan tetapi anda boleh mengawal sikap anda terhadapnya”. 

APAKAH LEUKEMIA LIMFOBLASTIK AKUT?

Acute lymphoblastic leukaemia (ALL) adalah sejenis kanser darah yang bermula dari sel darah putih muda di dalam sumsum tulang. Terdapat sekitar 810 kes baru di UK setiap tahun. Di AS, ALL menjejaskan kira-kira 1.7 orang dewasa setiap 100,000. Bagaimanapun, ia memberi kesan besar kepada golongan muda. Banyak ALL adalah gejala yang samar-samar dan seperti selesema dan dianggap remeh. 

Kelemahan umum penyakit ini adalah termasuk; keletihan dengan cepat dan teruk, kerap demam, mudah berdarah (melalui hidung), darah dalam air kencing atau najis, kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan, sakit tulang atau sendi, nodus limpa bengkak, kulit yang pucat, dan mempunyai sistem imun yang rendah. 

Penyelidikan menunjukkan susu ibu boleh mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser ini. Rawatan utama kanser ini adalah kemoterapi. Pesakit juga mungkin perlu melalui kaedah radioterapi, steroid atau pemindahan sumsum tulang mengikut pandangan doktor terhadap seseorang pesakit. 

Sumber: Daily Mail

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia