Siakap Keli

Kenapa Pokok Semalu ‘Menguncup’ Apabila Disentuh? Ini Jawapannya

Siapa yang tidak kenal dengan pokok semalu, tumbuhan renek yang menguncup bila disentuh. Tumbuhan yang mempunyai bunga seakan-akan dandelion ini sering menarik perhatian kanak-kanak di tepi padang permainan disebabkan keunikannya.

Pokok semalu atau nama saintifiknya mimosa pudica turut dikenali dengan nama zombie plant, touch-me-not dan putri malu. Tahukah anda, mengapa daun semalu menguncup bila disentuh atau terkena hujan?

Pergerakan semalu setelah disentuh dikenali sebagai thigmonasti. Dalam tindak balas mekanosensori, air dalam sel tumbuhan menghasilkan tekanan turgor, tekanan pada sel dinding yang membuatkan tumbuhan dapat ‘berdiri’ tegak.

Apabila anda menyentuh atau menggoncang pokok tersebut, bahagian bawah tangkai daun yang dikenali sebagai pulvinus diaktifkan. Rangsangan dari luar menyebabkan bahagian tumbuhan tersebut membebaskan ion potassium, membuatkan air dan elektrolit keluar daripada sel tumbuhan dan menyebabkan tekanan turgor sel berkurang.

Apabila tekanan berkurang, sel akan mengecut, menyebabkan daun menjadi kuncup.

Respon pulvinus setelah daun disentuh. (Gambar: Research Gate)

Kenapa perlu menguncup?

Tahukah anda, proses penguncupan ini memerlukan tenaga dari pokok semalu dan mengganggu proses fotosintesis tumbuhan tersebut? Jadi, mengapa ia menguncup sedangkan ia satu proses yang ‘memenatkan’?

Setakat ini, saintis masih belum dapat menjelaskan punca utama proses tersebut berlaku, namun mereka percaya ianya berfungsi sebagai mekanisme perlindungan daripada haiwan herbivor yang cuba memakannya.

Sumber: Science Abc

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.