Siakap Keli

Kurang Yakin Mampu Tunaikan Solat 5 Waktu Sebelum Masuk Islam, Wanita Mualaf Ini Akhirnya Jumpa Jawapan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Hidayah dari Allah datang tanpa diduga kepada siapa, tidak tahu di mana dan bila masanya. Ia ibarat cahaya yang meresapi ke dalam tubuh manusia yang dikehendaki oleh-Nya, jika terpilih maka beruntunglah dia. Ia adalah nikmat daripada Allah untuk hamba-Nya yang selalu berusaha untuk memperolehinya.

Percayalah tiada satu manusia pun yang terlepas dari membuat kesilapan. Apa yang penting, belajar untuk bangkit dari kegagalan mahupun kekhilafan. Apa yang penting, kita cuba untuk berubah ke arah yang diredhai dan iatiqamah dengan perubahan tersebut.

Malam tadi, tular di laman Facebook tentang satu perkongsian oleh Jinghan Naan. Beliau sebelum ini pernah tular apabila keluarganya yang berketurunan cina membenarnya memeluk agama Islam. Jinghan Naan merupakan seorang srikandi  yang gemar berkongsi di media sosialnya kata-kata motivasi dan inspirasi.

Gambar : Jinghan Naan

Hari sebelum aku menukar agamaku :

Ketika itu, Aizad (sebelum jadi suamiku) sedang memandau, lalu aku membuka bicara.

“Bila aku dah tukar agamaku, jangan menjangka yang aku boleh terus menunaikan solat lima waktu! Sudah tentu aku tidak mampu, mungkin aku hanya boleh menunaikan satu atau dua waktu sahaja.”

Tapi Aizad hanya berdiam diri mendengar hujahku. Aku kembali menyambung.

“Dengar tak apa saya cakap ni? Kau tak boleh berharap yang aku akan terus mampu menunaikan solat cukup lima waktu. Ustaz cakap aku ni ibarat seorang bayi , bayi tidak boleh solat lima kali sehari.”

Aizad tiba-tiba bersuara,

“Kalau kau dijamin akan menang loteri (4D), tapi hanya jika kau membeli beberapa kali nombor pilihan. Adakah kau akan membelinya? “

Aku tersentak,

“Eh, bukan ke 4D tu haram?

Aizad tertawa lalu berkata.

“Laa, bayangkan jela. bukan betul-betul pun. Kau akan beli tak loteri tu?”

Sudah tentu aku akan membelinya! Takkan nak lepaskan peluang kalau ada di depan mata kan? Kalau aku tak beli akulah manusia yang paling rugi.

Aizad kemudian berkata, kata-kata yang aku ‘simpan’ sehingga kini.

“Haa, macam itulah juga dengan solat. Allah dah nyatakan ganjaran untuk hamba-Nya yang menunaikan segala suruhan-Nya. Habis tu kenapa nak lepaskan peluang tu, kalau lepaskan siapa yang rugi?”

Gambar : Jinghan Naan

Dulu, ustazah yang mengajarku pernah bertanya kepada kelas kami tentang kunci Istiqomah. Aku berfikir dan bercakap pada diri sendiri, adakah jawapannya takwa? Aku fikir mungkin takwa adalah jawapan terbaik untuk seoalan tersebut.

Tetapi tidak. Jawapan sebenarnya adalah keyakinan. yakin! Aku pun kurang mengerti pada awalnya. Kan setiap Muslim ada keyakinan. Apa yang istimewa sangat pasal keyakinan ni?

Namun ternyata realitinya lebih dari itu, kita menggelar diri kita sebagai seorang pengikut, pengikut yang beriman kepada-Nya. Tapi adakah kita benar-benar melakukan segala suruhan-Nya?

Analoginya, jika aku menuruh sekumpulan manusia untuk membeli loteri, dan mereka dijamin akan menang, mungkin hanya segelintir sahaja yang akan membelinya, kenapa? Kerana mereka percaya kepada aku, manakala yang tidak membelinya itu berada di posisi sebaliknya (tak percaya).

Oleh itu, kenapa kita gagal? Kita gagal melakukan suruhan-Nya sedangkan kita dijamin dengan kejayaan apabila bertakwa, berdoa dan  menyembahkan diri kepada Allah.

“Hayya ‘alas-Salah, Hayya ‘alal-Falah”

Gambar : Jinghan Naan

Imam Bukhari yang merupakan ulama Islam terkenal, suatu masa dulu pernah menjadi buta sewaktu beliau masih kecil. Ibunya benar-benar kecewa dan berduka. Ibunya menghabis banyak wang untuk menghantar beliau berjumpa dengan pakar perubatan ketika itu. Namun tiada seorang pun yang berjaya merawatnya.

Ibunya merupakan wanita tabah dan baik hati. Lebih penting, ibunya merupakan seorang wanita solehah yang beriman. Setiap malam, dia akan meratap, menangis memohon belas kasihan dari Allah supaya memulihkan penglihatan anaknya. Setiap malam dia bersujud, menyembah tuhan yang Satu sambil membisikkan doa untuk anaknya itu.

Berkat kesungguhannya itu, Allah terima permohonannnya. Keesokkan harinya, ketika Imam Bukhari bangun dari tempat tidurnya, tiba-tiba beliau terasa akan-akan cahaya merah mentari masuk ‘tembusi’ penglihatannya. Dia sudah boleh melihat!

Anak kecil beliau, Masha (Gambar : Jinghan Naan)

Bertahun-tahun bertahajud, setiap malam. Bagi kebanyakkan orang mungkin ia melelahkan. Malah, mungkin ada segelintir yang langsung tidak melakukannya. Tapi dia tidak. Dia (ibu Imam Bukhari) dapat melakukannya dengan konsisten dan dedikasi. Sedangkan kita? Nak bangun untuk bertahajud pun terasa begitu sulit.

Jawapannya mudah, kerana dia yakin. Seorang mukmim yang sejati akan selalu yakin dengan rahmat-Nya. Walaupun ia melelahkan, walaupun sudah tidak bertenaga dan walaupun hampir hilang harapan. Sekiranya anda benar-benar percaya dengan mukjizat-Nya, segala dugaan dan cabaran di dunia ini pastinya dapat dilalui.

Ianya hanya tentang satu perkara iaitu keyakinan. Maka, dalam bulanNya yang mulia ini, Nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Sumber : Jinghan Naan 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.