Siakap Keli
Gambar: GPS Bestari

Pelajar Malaysia, Amer Khawarizmi Juara Pertandingan Robotik Antarabangsa Di Turki

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Baru berusia 15 tahun, pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks KLIA, Amer Khawarizmi ini muncul juara dalam Pertandingan Robotik Antarabangsa Kahramanmars Teknokent di Turki baru-baru ini.

Dengan mempertaruhkan dua robot ciptaannya iaitu Autonomous 3KG Standard All Japan Robot Sumo dan Autonomous 500 gram Minisumo meraih kemenangan itu selepas menewaskan tuan rumah selaku pesaing terdekat dan wakil Mexico yang sekadar berpuas hati di tempat ketiga di pusingan akhir.

Amer membawa pulang wang piala dan wang tunai yang berjumlah mencecah RM 3,475. Kejayaan ini membuatkan Amer beryukur kerana dapat mengharumkan nama negara dan tidak menyangka menewaskan pasukan lain yang berada dalam kelompok dunia.

Gambar: GPS Bestari

Kejayaan itu sangat berbaloi kerana ayahnya bertungkus-lumus membantu menyediakan persiapan dari awal sehinggalah pertandingan itu berlangsung. Ayahnya juga membantu dalam mengendalikan robot dan berkorban mengeluarkan wang poketnya sendiri untuk menemani Amer ke pertandingan berkenaan.

Rata-rata, ahli keluarganya sangat menyokong aktiviti yang dilakukan oleh Amer Khawarizmi. Tambahannya pula, hari kemenangan itu adalah hari lahirnya. Selepas ini, ada lagi satu pertandingan Kejohanan Antarabangsa Robot Sumo di Penang pada Julai nanti.

Gambar: GPS Bestari

Pada masa yang sama, adik Amer ini tidak mengabaikan pelajaran, tambah-tambah lagi apabila tahun ini untuknya menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang dijadualkan pada bulan Ogos depan.

Penglibatan Amer dalam dunia robotik ini secara tidak langsung menaikkan nama negara di persada dunia dan menarik ramai remaja seusia dengannya untuk menceburkan diri dalam dunia robotik ini.

 

Sumber: GPS Bestari

 

 

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang