Siakap Keli
Gambar: calisthenics-pro.com

Rumah Di Itali Dijual Dengan Harga Serendah 1 Euro

Ingin membeli rumah namun tidak mampu? mahukan rumah yang selesa namun permohonan pinjaman dari bank tidak berjaya diluluskan? Usah risau dan usah khuatir, pindahlah ke Itali. Mengapa dengan Itali? Impian anda untuk memiliki rumah boleh tercapai jika anda sanggup untuk berpindah ke negara itu.

Ini sebabnya

Di Sicily, hanya beberapa jam perjalanan daripada pantai Amalfi yang terkenal dengan keindahan pantainya itu, terdapat sebuah bandar yang bernama Mussomeli. Ramai penduduk-penduduk di bandar Mussomeli ingin menjual kediaman mereka serendah 1 Euro kerana penduduk-penduduk yang memiliki rumah tersebut mahu berpindah ke bandar yang lebih besar kerana tidak mahu membayar cukai rumah yang ditinggalkan sebanyak 350 Euro (RM1,593) untuk keluasan sebanyak 100 meter persegi.

Terdapat 100 buah rumah yang ditawarkan buat masa ini dengan harga yang bermula dari 1 Euro itu. Walau bagaimanapun, terdapat 400 buah rumah dijangka akan ditambah untuk dijual dengan harga yang sama di bandar yang mempunyai populasi sebanyak 11,000 penduduk itu.

Namun, ada syarat-syaratnya yang perlu dipatuhi pembeli selepas memiliki rumah tersebut. Antara syaratnya ialah, pembeli perlu mengubah suai rumah yang dibeli mereka itu sebelum rumah yang dibeli pembeli itu cukup genap setahun.

Jika pembeli tidak mematuhi syarat tersebut, pihak kerajaan boleh mendenda dengan menarik deposit keselamatan pembeli tersebut yang berjumlah USD8,000 (RM 33,251.78).

Namun, usah pandang ringan kerana jumlah pengubahsuaian yang bakal dicaj bukannya murah. Dianggarkan kos pengubahsuaian yang bakal dikenakan ke atas pemilik baru bakal menelan belanja di antara 20,000 Euro (RM90,000) hingga 100,000 Euro (RM450,000).

Tidak dinafikan bahawa, harga rumah yang murah ini sebenarnya agak menyusahkan pemilik yang baru membelinya kerana terdapat banyak syarat-syarat yang perlu mengeluarkan belanja yang besar.

Sumber: New York Post

Aqmal Ezany

I write what is right