Siakap Keli

“Sifat Over-Confident Memakan Diri..” Kemenangan Liverpool Mengagumkan, Mufti Kongsi Pengajaran Disebaliknya

Bola sepak merupakan sukan popular yang menjadi kegilaan masyarakat di seluruh pelusuk dunia. Dan bulan ini, pasti ada di antara anda yang sanggup bersengkang mata, hanya untuk menyaksikan perlawanan bola sepak Liga Juara Juara Eropah. Perlawanan terbaru menyaksikan pasukan Barcelona yang berjaya dibenam oleh Liverpool dengan agregat 4-1.

Sungguh tidak disangka kerana pada awalnya, pasukan berjersi merah itu telah tewas dengan Barcelona pada perlawanan di Camp Nou. Namun itu ternyata tidak mematahkan semangat anak buah Jurgen Klopp untuk berjaya bangkit dengan lebih hebat di perlawanan 8 Mei lalu sekali gus menempah tiket ke perlawanan akhir musim kedua berturut-turut.

Gambar : Oddschecker

Tanda palang #youneverwalkalone menghiasi semua platform media sosial meraikan peristiwa bermakna. Malah ramai di kalangan netizen yang memberikan reaksi dan komen mengenai perlawanan malam itu.  Tidak ketinggalan, Mufti Wilayah Persekutuan turut ‘terpanggil’ untuk memberikan pendapat beliau.

Liverpool Yang Mengagumkan

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Gambar : Liverpool Echo
Gambar : Liverpool Echo

Melihat perlawanan Liga Juara-juara Eropah yang berlangsung beberapa hari lepas di antara Barcelona dan Liverpool yang pada awalnya dimenangi oleh Barcelona dengan agregat 3-0, tetapi apabila bermain di gelanggang Anfield – walaupun tonggak utama seperti Muhammad Salah dan Roberto Firmino direhatkan kerana kecederaan – kemenangan berpihak kepada Liverpool dengan agregat 4-0. Justeru, keputusan akhir menyaksikan agregat 4-3.

Gambar : Observers

Antara pengajaran yang dapat diambil:

  • Sifat over-confident boleh memakan diri.
  • Semangat yang kental dan azam yang tinggi boleh mengubah sesuatu keputusan.
  • Semangat berpasukan atau team-building adalah acuan yang terbaik dalam menempa kejayaan.
  • Sifat tidak mengalah dan berputus asa akan menatijahkan kejayaan yang luar biasa.

Akhir kalam, saya jangkakan pada perlawanan final nanti, ia akan lebih bergantung kepada pasukan mana yang lebih perform, nescaya dia lah yang akan menang. Saya berpihak kepada Liverpool.

Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.