Siakap Keli
Gambar: Bustaman Rusli

“Sumpah Mama Dan Papa Rindukan Kamu,” Ayah Kongsi Kisah Sedih, Detik-Detik Terakhir Pemergian Anak Tercinta

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ibu bapa bayi yang meninggal dunia secara mengejut pasti sukar menerima kenyataan akan kehilangan bayi mereka. Mungkin sudah ditakdirkan Tuhan, untuk memiliki anak syurga ini.

Ini apa yang berlaku pada seorang pengguna Facebook, Bustaman Rusli baru kehilangan anak perempuan bongsunya secara mengejut akibat jangkitan kuman dalam darah.

Pinjaman Allah ini hanya setahun sahaja betapa sedih dan pilunya hati mereka. Pada masa ini, fikiran masih keliru, lidah masih kelu dan mereka mengharapkan ini hanyalah mimpi. Namun, mereka hanya berserah pada takdir.

Menurutnya lagi, anak perempuannya sangat baik dan tidak pernah rasa susah walaupun sesaatpun. Sebelum ini, kesihatan arwah sangat elok dan tidak memiliki apa-apa penyakit yang serius.

Bermula dengan demam biasa pada hari Jumaat awal bulan Mei lalu. Menurut doktor yang merawatnya hanya demam biasa dan ada kemerah-merahan pada tonsilnya. Perkara ini berlarutan, dan hari seterusnya bawa anak tersebut untuk ujian darah.

Doktor yg merawatnya mengesan ada sedikit kehadiran kuman dlm darah dan keadaan masih terkawal. Cuma perlu berikan ubat antibiotik mengikut waktu yang ditetapkan. Pada malam itu, arwah tidak dapat tidur dan sentiasa merengek. Mungkin itu adalah satu isyarat bahawa dia akan pergi buat selamanya.

“Pukul 8.30am kami ke bahagian kecemasan IIUM Medical Center. Terus di rujuk red zone. Keadaan Rania amat kritikal. Hanya rengekan kecil semacam memangil kami. Doktor berhempas pulas menyelamatkn Rania dgn melakukan pelbagai prosedur dan cpr. Tepat jam 10.30 pagi pada 8.5.2019 dah tercatat di luh mahfuz tentang pengakhirannya.”

Menurut Bustaman lagi, mungkin ini telah ditetapkan oleh Maha Pencipta untuk dia memiliki hanya anak lelaki sahaja. Semoga Rania menunggu mereka di pintu Syurga nanti. Tenanglah di Sana.

Sumber: Bustaman Rusli

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang