Siakap Keli
Gambar: Twitter

(Video) Dibom Ketika Memandu, Rakaman Operasi Tentera Israel Membunuh Pemuda Yang Digelar ‘Uthman Bin Affan Palestin’

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan serangan yang dilakukan oleh tentera zionis ke atas Palestin. Pergolakan di antara negara tersebut telah pun berlaku selama 52 tahun. Konflik yang berlaku di antara kedua-dua negara itu dilihat seperti tidak berkesudahan.

Banyak kes-kes serangan dan pembunuhan yang dilakukan tentera zionis telah disiarkan melalui sosial media telah tular. Seperti yang telah dikongsikan oleh Aqsa Sounders mengenai satu rakaman operasi membunuh yang dilakukan oleh tentera zionis ini.

Ikuti perkongsian yang dikongsi Aqsa Sounders menerusi akaun instagram mereka berkenaan dengan pembunuhan seorang rakyat Palestin yang dikenali sebagai Uthman Bin Affan Palestin ini.

View this post on Instagram

Tentera Zionis menyiarkan rakaman operasi membunuh Hamid al-Khudari yang sedang menaiki sebuah kereta di kota Gaza. Siapakah Hamid Khudeir? JUTAWAN ISLAM YANG MEMILIH AKHIRAT Hamid ini adalah pemuda yang disebut namanya dan diancam bunuh oleh bekas Menteri Perang Israel sendiri iaitu Avigdor Lieberman. Puncanya? Beliau inilah yang membawa masuk wang untuk pejuang di Palestin dalam kuantiti yang besar melalui syarikat pengurup wangnya, sehinggakan digelar sebagai Uthman bin Affan Palestin. Walaupun bergelar jutawan dengan pelbagai bisnes, beliau yang juga merupakan pemimpin dalam Briged Izzuddin Al-Qassam memilih untuk kaya di akhirat berbanding hidup senang-lenang di dunia. Pernah suatu ketika, Zionis cuba memusnahkan reputasi dan mengganggunya dengan menghantar SMS kepada puluhan penduduk sebuah kawasan menyuruh mereka pergi ke kedainya untuk menerima bantuan sebanyak RM100 setiap seorang. Sebaliknya yang berlaku, Hamid terus memberikan setiap daripada mereka wang yang disebutkan tanpa berlengah, sehingga menyebabkan Zionis bingung. Hamid dibunuh dalam serangan terakhir Zionis ke atas Gaza, pada hari Ahad apabila kereta yang beliau pandu diserang dengan peluru berpandu daripada dron tanpa pemandu. Beliau meninggalkan beberapa orang anak yatim di belakangnya, termasuk anak yang baru berusia satu bulan. Ayuh kita terus menyumbang kepada Gaza, sebagai bukti bahawa masih ramai Uthman yang ada untuk mempertahankan bumi milik umat Islam ini! Ayuh bertindak, wahai Uthman kecil dunia Islam! Dan jangan lupa mendoakan kami di waktu penuh keberkatan ini.

A post shared by AQSA SOUNDERS OFFICIAL 🇲🇾🇵🇸 (@aqsa.sounders) on

Tentera Zionis menyiarkan rakaman operasi membunuh Hamid al-Khudari yang sedang menaiki sebuah kereta di kota Gaza.

Siapakah Hamid Khudeir?

JUTAWAN ISLAM YANG MEMILIH AKHIRAT

Hamid ini adalah pemuda yang disebut namanya dan diancam bunuh oleh bekas Menteri Perang Israel sendiri iaitu Avigdor Lieberman.

Puncanya?

Beliau inilah yang membawa masuk wang untuk pejuang di Palestin dalam kuantiti yang besar melalui syarikat pengurup wangnya, sehinggakan digelar sebagai Uthman bin Affan Palestin.

Walaupun bergelar jutawan dengan pelbagai bisnes, beliau yang juga merupakan pemimpin dalam Briged Izzuddin Al-Qassam memilih untuk kaya di akhirat berbanding hidup senang-lenang di dunia.

Pernah suatu ketika, Zionis cuba memusnahkan reputasi dan mengganggunya dengan menghantar SMS kepada puluhan penduduk sebuah kawasan menyuruh mereka pergi ke kedainya untuk menerima bantuan sebanyak RM100 setiap seorang.

Sebaliknya yang berlaku, Hamid terus memberikan setiap daripada mereka wang yang disebutkan tanpa berlengah, sehingga menyebabkan Zionis bingung.

Hamid dibunuh dalam serangan terakhir Zionis ke atas Gaza, pada hari Ahad apabila kereta yang beliau pandu diserang dengan peluru berpandu daripada dron tanpa pemandu.

Beliau meninggalkan beberapa orang anak yatim di belakangnya, termasuk anak yang baru berusia satu bulan.

Ayuh kita terus menyumbang kepada Gaza, sebagai bukti bahawa masih ramai Uthman yang ada untuk mempertahankan bumi milik umat Islam ini!

Ayuh bertindak, wahai Uthman kecil dunia Islam! Dan jangan lupa mendoakan kami di waktu penuh keberkatan ini.

Sumber: Aqsa Sounders

Aqmal Ezany

I write what is right