Batu-Batu Permata Idaman Thanos
Dalam dunia fantasi Marvel ciptaan Stan Lee, ada 6 batu permata yang mempunyai kuasa tersendiri dan menjadi idaman Thanos untuk disatukan bagi mengubah dunia.

Keenam-enam batu permata itu ialah
[1] Mind Stone
[2] Reality Stone
[3] Power Stone
[4] Space Stone
[5] Time Stone
[6] Soul Stone
Dalam dunia realiti sebenar, keenam-enam batu ini ada je kata dalam bumi kita ni, cuma kuasanya tak la sampai boleh lenyapkan makhluk. Jom hayati ilmu geologi dalam apa jua aspek kehidupan kita!
Di dahinya ada mind stone.

1) Mind Stone
Fantasi: Asalnya berada dalam senjata kepunyaan Loki, kemudian dicuri dan dimanipulasi orang jahat untuk bagi kuasa kepada kembar Wanda (Scarlett Witch) dan Pietro Maximoff (Quickilver). Last-last end up kat dahi Vision.
Realiti: Batu permata berwarna kuning ini ialah sama ada
– Sitrin (citrine), sejenis kristal kuarza
– Krisoberil (chrysoberyl), sejenis kristal aluminosilikat
– Heliodor, sejenis kristal beril

2) Reality Stone
Jane Foster a.k.a kekasih Thor dikuasai reality stone.

Fantasi: Batu ini menjadikan Jane Foster sebagai perumah, menjadi punca pergelutan di Asgard dan akhirnya berada dalam simpanan Collector.
Realiti: Batu permata berwarna kemerahan ini boleh jadi
– Almandin (almandine), sejenis garnet dari krisal silika
– Pirop (pyrop), juga sejenis garnet dari kristal silika
– Delima (ruby), sejenis korundum dari kristal alumina

3) Power Stone

Realiti: Batu permata ini berwarna ungu, jadi ia mungkin sekali
– Amethyst, sejenis kristal kuarza

4) Space Stone
Dalam Tesseract ada space stone.

Fantasi: Batu permata ini asalnya di planet Asgard (kampung Thor) dalam Tesseract, tetapi tertinggal / tercampak ke bumi dan disalahguna oleh Schimt (yang akhirnya menjadi Red Skull). Dalam konfontasi dengan Captain America, Red Skull terhidupkan batu ni lalu diteleportasi ke planet Vormir. Tesseract tenggelam dan timbul semula dari laut, diambil oleh Howard Stark (bapak Iron Man) dan dieksperimentasi.
Realiti: Batu permata ini berwarna biru, boleh jadi ia:
– Nilam (sapphire), sejenis korundum berkristal alumina

5) Time Stone
Dr. Strange miliki Time Stone.

Fantasi: Batu permata ni yang Dr. Strange ambil dari perpustakaan dan dia eksprementasi pusing-pusing tangan kat epal.
Realiti: Batu permata hijau ini barangkali
– Zamrud (emerald), sejenis kristal beril

6) Soul Stone
Detik-detik kematian Gamora demi soul stone.

Fantasi: Batu permata ini tersimpan di planet Vormir, dan dijaga oleh Red Skull pasca diteleportasi.
Realiti: Batu berwarna jingga ini ada kemungkinan
– Spessartin (spessartine), sejenis garnet.

Sumber : Geosains Dan Sumber Mineral Malaysia