Siakap Keli

Semua ‘Infinity Stone’ Memang ‘Wujud’ Di Malaysia Cuma Tak Boleh Pupuskan Populasi Bumi Je, Ini Penjelasannya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.
Untuk peminat filem-filem Marvel Cinematic Universe (MCU) pastinya tahu mengenai kewujudan batu Infiniti ini. Batu Infiniti adalah kumpulan enam biji batu yang setiap satunya mempunyai kuasa dan keupayaan yang unik. Ia dikatakan telah diciptakan oleh satu entiti kosmik dan batu-batu ini terikat dengan pelbagai aspek alam semesta (Marvel Universe).
Melalui pendekatan yang kreatif, sekumpulan geosaintis muda yang bernaung atas ‘nama’ Geosains Dan Sumber Mineral Malaysia (GeoSM) telah berkongsi mengenai ilmu geologi kepada masyarakat. Mereka menggunakan analogi batu infiniti untuk memperkenalkan batu-batu yang wujud di dunia, khususnya di negara Malaysia.

Batu-Batu Permata Idaman Thanos

Dalam dunia fantasi Marvel ciptaan Stan Lee, ada 6 batu permata yang mempunyai kuasa tersendiri dan menjadi idaman Thanos untuk disatukan bagi mengubah dunia.

Infinity Stone (Gambar : Marvel)

Keenam-enam batu permata itu ialah

[1] Mind Stone
[2] Reality Stone
[3] Power Stone
[4] Space Stone
[5] Time Stone
[6] Soul Stone

Dalam dunia realiti sebenar, keenam-enam batu ini ada je kata dalam bumi kita ni, cuma kuasanya tak la sampai boleh lenyapkan makhluk. Jom hayati ilmu geologi dalam apa jua aspek kehidupan kita!

Di dahinya ada mind stone.

Vision (Gambar : Intertainment Weekly)

1) Mind Stone

Fantasi: Asalnya berada dalam senjata kepunyaan Loki, kemudian dicuri dan dimanipulasi orang jahat untuk bagi kuasa kepada kembar Wanda (Scarlett Witch) dan Pietro Maximoff (Quickilver). Last-last end up kat dahi Vision.

Realiti: Batu permata berwarna kuning ini ialah sama ada
– Sitrin (citrine), sejenis kristal kuarza
– Krisoberil (chrysoberyl), sejenis kristal aluminosilikat
– Heliodor, sejenis kristal beril

Sitrin, Krisoberil & Heliodor

2) Reality Stone

Jane Foster a.k.a kekasih Thor dikuasai reality stone.

Jane Foster (Gambar : Express.Uk)

Fantasi: Batu ini menjadikan Jane Foster sebagai perumah, menjadi punca pergelutan di Asgard dan akhirnya berada dalam simpanan Collector.

Realiti: Batu permata berwarna kemerahan ini boleh jadi
– Almandin (almandine), sejenis garnet dari krisal silika
– Pirop (pyrop), juga sejenis garnet dari kristal silika
– Delima (ruby), sejenis korundum dari kristal alumina

Almandin, Pirop & Delima

3) Power Stone

Star-Lord dan Ronan merebut power stone.
Gambar : To Be Phair (UK)
Fantasi: Dalam Guardians of The Galaxy 1, batu ini dicuri oleh Star-Lord dari planet Morag, kemudian jadi rebutan Ronan. Akhirnya Ronan pun mati dan batu ni disimpan di Nova Corps di planet Xandar.

Realiti: Batu permata ini berwarna ungu, jadi ia mungkin sekali
– Amethyst, sejenis kristal kuarza

Gambar : Energymuse

4) Space Stone

Dalam Tesseract ada space stone.

Red Skull memegang Tesseract (Gambar : Nerd Reacter)

Fantasi: Batu permata ini asalnya di planet Asgard (kampung Thor) dalam Tesseract, tetapi tertinggal / tercampak ke bumi dan disalahguna oleh Schimt (yang akhirnya menjadi Red Skull). Dalam konfontasi dengan Captain America, Red Skull terhidupkan batu ni lalu diteleportasi ke planet Vormir. Tesseract tenggelam dan timbul semula dari laut, diambil oleh Howard Stark (bapak Iron Man) dan dieksperimentasi.

Realiti: Batu permata ini berwarna biru, boleh jadi ia:
– Nilam (sapphire), sejenis korundum berkristal alumina

Nilam (Gambar : Auction)

5) Time Stone

Dr. Strange miliki Time Stone.

Dr. Strange ramal masa depan dengan menggunakan Time Stone (Gambar : Inverse)

Fantasi: Batu permata ni yang Dr. Strange ambil dari perpustakaan dan dia eksprementasi pusing-pusing tangan kat epal.

Realiti: Batu permata hijau ini barangkali
– Zamrud (emerald), sejenis kristal beril

Zamrud (Gambar : Gemfield)

6) Soul Stone

Detik-detik kematian Gamora demi soul stone.

Thanos mendapatkan Soul Stone setelah korbankan Gamora (Gambar : Imdb)

Fantasi: Batu permata ini tersimpan di planet Vormir, dan dijaga oleh Red Skull pasca diteleportasi.

Realiti: Batu berwarna jingga ini ada kemungkinan
– Spessartin (spessartine), sejenis garnet.

Spessartin (Gambar : Fossilera)

Sumber : Geosains Dan Sumber Mineral Malaysia

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.