Siakap Keli

“Otai Paling Power..,” Pernah Terima Penghormatan Dari Ratu Elizebeth II, Ini Antara Kejayaan Raihan Ramai Tak Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mereka yang lahir dan membesar dalam era 90-an pastinya mengenali kumpulan Nasyid, Raihan. Manakan tidak, lagu serta muziknya sentiasa menjadi siulan dan halwa telinga kita. Lagu-lagu seperti Thank You Allah, Ya rasulullah, 25 Rasul, Iman Mutiara, Sifat 20, Demi Masa dan Sesungguhnya selalu dinyanyikan semula di sekolah mahupun acara-acara keraian kerana irama serta liriknya yang bermakna.

Malah, tidak dinafikan jika dikatakan bahawa kebanyakan dari kita masih menghafal bait-bait lagu kumpulan tersebut. Kemunculan kumpulan Raihan menjadi pencetus kepada industri nasyid secara komersial di negara ini. Tidak hanya terkenal di Malaysia, Raihan juga telah mengharumkan nama negara dengan menjelajah ke serata dunia.

Gambar : Bicara Islam

Dan setelah lama menghilang, lagenda dunia nasyid kini dikatakan telah kembali dengan lagu remake Sesungguhnya, bergandingan dengan Aliff Satar. Video nyanyian yang baru dimuat naik di laman Youtube itu dua hari lalu telah mencecah 1.2 juta tontonan dan trending nombor satu di Malaysia.

Gambar : Youtube

Malam tadi, Ahmad Ashraf telah menulis satu hantaran mengenai kumpulan Raihan. Menariknya, perkongsian tersebut ternyata telah memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai penyanyi nasyid berkenaan. Kemasyhuran dan Kejayaan yang mungkin tidak diketahui oleh ramai pihak.

Menurut Ashraf,

Ramai orang kata, artis kita kena ikut artis luar untuk diterima seluruh dunia. Itu new global standard untuk Asian to be recognized katanya.

Tapi agaknya ramai lupa atau buat-buat lupa.

Raihan ialah kumpulan artis Living Legend otai paling power dalam sejarah muzik negara.

1) Pernah dijemput Ratu Elizabeth II untuk buat persembahan nyanyian di Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel di Edinburgh.

Kumpulan Raihan Bertemu dengan Ratu Elizabeth II (Gambar : Harian Metro)

2) Menerima surat penghormatan daripada Putera Charles untuk persembahan mereka.

3) Raihan adalah artis Malaysia ketiga yang buat persembahan nyanyian di Royal Albert Hall, selepas Sudirman dan Siti Nurhaliza.

4) Ramai peminat kipas-susah-mati, dipelbagai negara benua Asia, Afrika, Eropah, Timur Tengah dan Amerika. Ramai peminat luar negara cuba belajar bahasa Melayu menggunakan nasyid Raihan. Semasa itu Youtube dan Spotify belum power lagi. Orang pakai Kaset dan CD lagi.

5) Tony Fernandes, menyokong Raihan diperingkat awal sebagai Pengarah Urusan Warner Music, dan juga menaja Raihan ke London melalui Air Asia. Tony knows big business opportunity in Raihan, earlier than others.

6) Tak main lah anugerah dalam negara ni. Puji-Pujian jadi all time Malaysia’s best album (1.5 juta), 66 kali platinum. Menangis Ella dan Siti Nurhaliza jauh ditinggalkan.

Album Puji-Pujian (Gambar : AADI)

7) Berapa kali masuk anugerah 500 Most Influential Muslim in the World.

We have many talents, but we don’t appreciate real talents.

Nak export Malaysian music? Raihan dah tunjuk contoh sejak 20 tahun dulu

Sumber : Ahmad Ashraf

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.