Fenomena banjir adalah salah satu bencana alam yang akan membuatkan ramai orang berfikir tentangnya. Apa yang ditakutkan adalah binatang buas yang terlepas selepas kejadian banjir tersebut.
Seperti apa yang berlaku di Texas baru-baru ini mengejutkan seluruh penduduk di situ dengan penjelmaan seekor buaya sepanjang 9 kaki besar daripada saiz buaya yang lain di kawasan sawah.
Menurut salah seorang penduduk di situ, Frank Pierce mengatakan mereka melihat buaya tersebut berlegar-legar di kawasan situ. Keluarga tersebut tinggal berhampiran sungai Missisippi terlihat binatang buas tersebut semasa memancing di kawasan berdekatan.
Apabila mereka beritahu polis berhampiran situ, mereka tidak mempercayai dan ingatkan keluarga Pierce hanya satu prank. Selepas melihat dengan mata sendiri barulah mereka percaya.
Menurut Persatuan Hidupan Liar Negara, buaya sering dijumpai di negara-negara Tenggara seperti Louisiana, Alabama, Florida dan Texas.
Keadaan air di Sungai Mississippi telah meningkat naik dan menimbulkan kerisauan penduduk sekitar kawasan situ.
Sumber: CNN