Siakap Keli
Gambar Hiasan

Nak Kurus Raya Ni, Ini Menu Ideal Terbaik Nak Turunkan Berat Badan Di Bulan Ramadan

Ramadhan merupakan bulan penuh keberkatan yang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam. Di dalam bulan ini, Allah telah sediakan ganjaran pahala serta membuka pintu pengampunan kepada hamba-hamba-Nya. Puasa sebenarnya mempunyai seribu satu kelebihan, antaranya ia dapat menghindar serta mencegah risiko penyakit yang berpunca dari pengambilan makanan.

Dengan berpuasa, ia dapat merehatkan sistem pencernaan kita setelah berbulan-bulan berfungsi.  Semasa berpuasa, sebenarnya terdapat beberapa perubahan fisiologi yang berlaku kepada tubuh badan kita, Dan tentunya ramai yang akan mengambil peluang untuk ‘memasang badan’ di bulan ini sebelum menjelang hari raya.

Lebih-lebih lagi kaum wanita yang teruja untuk memakai baju yang sudah ditempah. Pelbagai jenis baju, dari kurung, kurung moden, kurung kedah, kurung pahang dan kebaya. Tentunya dah jadi impian semua wanita untuk sarungkan baju kebaya di badan. Tapi kebanyakaan orang menganggap bahaya baju tersebut lebih cantik dipakai sekiranya mempunyai bentuk badan yang sesuai.

Gambar : MDink

Menurut Pakar Pemakanan Hospital Pakar KPJ Tawakal Chiong Kai Min, hormon insulin akan berkurangan apabila kita berpuasa, oleh itu badan kita akan memberi isyarat kepada badan untuk membakar gula simpanan supaya menghasilkan tenaga. Namun apabila gula simpanan telah habis dibakar, badan manusia akan terus membakar lemak untuk mengantikannya [1].

Lalu proses itulah yang menyumbang kepada penurunan berat badan. Dan ia akan menjadi lebih mudah sekiranya anda tahu cara pemakanan yang betul.

Menu Berbuka

Makanan pembuka selera adalah penting kerana ia merupakan ‘permulaan’ untuk sistem pencernaan setelah berehat sepanjang hari. Oleh itu, kami cadangkan makanan yang betul-betul berkhasiat dan sihat.

1) Makan 3 biji kurma bersama segelas air kosong

2) Digalakkan untuk lebihkan pengambilan protein seperti telur, ikan, daging mahupun ayam. Tetapi jangan digoreng, lebih baik jika di buat sup, stim atau dibakar.

3) Lebihan sayur-sayuran dan buah-buah, Buat sup sayur, ulam atau rebus sahaja.

4) Untuk lebih berkesan, jangan sesekali makanan manisan seperti kuih, puding dan sebagainya sepanjang bulan Ramadhan ini.

Menu Moreh

Lepas berbuka, pastinya anda akan berasa lapar kembali. Oleh itu, anda boleh makan buah-buahan atau sayur-sayur sebagai snek malam.

Menu Sahur

1) Jangan sesekali skip sahur, ia tidakan yang tidak sihat. Jika anda tidak mengambil sebarang makanan semasa sahur, pada kebiasaannya anda akan makan dengan lebih banyak ketika berbuka.

2) Waktu sahur anda boleh makan roti, oat, bijirin atau kurma, buah-buahan kering dan minum susu segar.

Tips Penting

Sememangnya kita disarankan untuk minum air kosong 8 gelas sehari. Namun pada bulan [puasa, masa pengambilan sahaja yang berubah, jumlahnya masih sama. Mengikut tips yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia :

  • 1 gelas selepas bersahur
  • 1 gelas selepas azan Maghrib
  • 1 gelas selepas solat Maghrib
  • 1 gelas selepas berbuka
  • 1 gelas selepas solat Isyak
  • 1 gelas selepas solat Terawih
  • 1 gelas sebelum tidur

Rujukan

[1] Yusliza Yakimir. 2019. Dicapai dari Puasa Bersela Untuk Kesihatan pada 12 Mei 2019

Sumber : Hamad.qa

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.