Siakap Keli

“Tangan Dah Penuh Barang, Akak Ni Tak Dapat Nak Pimpin Tangan Anak” Tak Perasan Anaknya Nyaris Diculik Di Bazar Ramadhan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Di bulan mulia ini pastinya bazar ramadhan menjadi destinasi wajib pergi. Setelah berpuasa seharian, sudah tentu kita akan teruja untuk mencari menu untuk berbuka. Lebih menarik apabila pelbagai menu mahupun juadah yang dijual di sini, sampai rmabang mata untuk memilihnya, rasa hendak borong semua!

Tapi seperti biasa, bazar ini sentiasa akan dipenuhi orang sehingga berlaga bahu tatkala berselisih jalan. Berasak-asak untuk memilih juadah masing-masing. Ianya tentu dapat memudahkan lagi mereka yang tidak sempat pulang awal untuk menyediakan masakan untuk berbuka.

Namun dalam keterujaan membeli, aspek keselamatan juga perlu diambil kira. lebih-lebih lagi mereka yang membawa anak kecil. Lebih bagi beringat sebelum parah, lebih baik elak sebelum terkena. Satu perkongsian malam tadi oleh seorang pengguna Facebook ternyata telah menyedarkan ramai ibu bapa agar lebih berhati-hati selepas ini.

Menurut Faiz dalam hantarannya itu:

Mintak pesan-pesan kan lah kepada ibu bapa yang bawak anak pergi ke bazar ramadhan terutamanya yang bazarnya sesak, tolong perhatikan dan pegang anak anda sebaiknya..!

Benda ni berlaku semalam di bazar ramadhan depan mata saya sendiri.

Agak menakutkan jugak benda camni. Keadaan bazar memang sesak, padat terutamanya dlm waktu hampir bbuka, dan masa tu saya sedang bersesak nk beli juadah, depan saya ada sorang akak ngn baby(berdukung) dan ank pompuan sorang ikot blakang dia.

Akak ni tgn dia da penuh satu berdukung, satu lagi bwk mknn jadi tak dapat pegang tgn ank dia sorg lagi. So jalan la slow2 hadap jem dlm bazar ni pastu bila sampai kat persimpangan dlm bazar tu, waktu ni yang scary ni.

Gambar Hiasan

Ada la sorang brader ni tiba-tiba potong line depan saya, then tarus tarik anak pompuan akak tu nak bwk budak tu masuk simpang lain.

Nak kira bernasib baik akak tu, brader tu terlanggar orang masa nak tarik budak tu, pastu akak tu pusing blakang, trus brader tu lepas budak tu then mencelah laju2 blah ikot simpang lain tu. Akk tu pandang blakng tgk ank dia xde, toleh ke tepi baru ada.

Tapi akak tu x tahu pon ank dia kne tarik, cume dia pusing blakng wktu brader tu telanggar org, bkn mase anak dia ditarik. Nasib masa tu saya tgh pandang depan, so saya prasan la cuma saya jadi beku jap nk proses situasi tu.

Tapi buatnya saya tengah syok pandang mknn di bazar mmg takkan sedar la kalo bnde ni jadi. Kalo incase x berlanggar tu, mmg saya akan cuba tolong budak tu tapi nasib baik sgt la tak sempat pape lagi budak tu dah selamat.

Benda ni jadi laju gila, sampai simpang terus tarik msuk simpang tepi, si mak jalan trus tak tahu pape jadi. Nampak macam brader ni da lama perati akak tu, tggu masa je nak buat kerja.

Saya pon tak pasti lah apa yang berlaku, dah cuba bersangka baik tapi tetap rasa memang cubaan culik budak. Tuhan sahaja yang tahu niat manusia.

Makanya berhati-hatilah, dalam keadaan bersesak orang dalam bazar dengan panasnya kadang kita jadi tak peka. Semoga kita semua terhindar dari perkara buruk & perbuatan aniaya. InsyaAllah.

Sumber : Muhammad Faiz Haziq

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.