Siakap Keli

‘Brader’ Kongsi Gelagat Wanita Paksa Beli Ubat Sembuh Luka, Bila Ditolak Responnya Marah-Marah Memang Kelakar

Sudahlah tidak kenal, tiba-tiba mesej tanya khabar dan terus menjual produk. Bukan itu sahaja, bila orang tak mahu beli, terus dipaksa dan dimaki.

Dalam berniaga ada adabnya. Bahkan, dalam adab menziarahi orang sakit pun kita tidak boleh menyarankan ubat-ubatan atau makanan sesuka hati tanpa diminta. Hal ini bagi memastikan sensitiviti pesakit dan keluarganya terjaga.

Inikan pula mengambil kesempatan ke atas kesakitan orang lain untuk menjual produk sendiri. Sudah-sudahlah pentingkan keuntungan hingga mengenepikan kesusahan orang lain.

Bagi pesakit kronik, pasti mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kesembuhan. Janganlah menggunakan kesempatan itu untuk menjual ubat-ubatan atau minuman kesihatan overclaim semata-mata kerana keuntungan.

Sumber: Muhammad Fard Osman

Amira

Love yourself.