Siakap Keli
Foto: FB Ustaz Dato Ismail Kamus/IG friends_of_pas

Dalam Keadaan Uzur, Ustaz Ismail Kamus Tetap Gagahkan Diri Tunaikan Solat Tarawih Atas Katil Wad

Seperti yang kita sedia maklum, pendakwah terkemuka negara, Tuan Guru Datuk Ismail Kamus baru sahaja selesai menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara(IJN) beberapa hari lepas.

Bagaimanapun, keadaan kesihatannya yang sedang uzur itu tidak menghalang beliau untuk terus beribadat kepada Allah swt. Akaun Instagram friends_of_pas baru-baru ini telah berkongsi satu gambar beliau bersama dua lagi jemaah sedang menunaikan solat berjemaah serta solat Tarawih di bilik wadnya.

Kiriman itu ternayata mendapat perhatian ramai apabila rata-rata wargamaya tersentuh dengan keimanan Tuan Guru Datuk Ismail Kamus dan tidak kurang juga mendoakan kesembuhan beliau.

Selain aktif menyebarkan dakwah, beliau juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Gombak Setia selama lima tahun dari 1999 hingga 2004.

Datuk Ismail Kamus juga pernah bertugas di beberapa jabatan kerajaan antaranya pernah menjadi pegawai penyelidik dan pegawai dakwah di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan(JAWI) selain turut mengasaskan Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia.

Semoga dengan berkat bulan Ramadan ini, Tuan Guru Datuk Ismail Kamus dikurniakan kesihatan kembali seperti sediakala oleh-Nya.

Sumber: IG friends_of_pas 

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi