Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: East Idaho News)

Bapa Tergamak Jual Anak Sendiri Pada Bomoh Untuk Dibunuh Dan Dijadikan Azimat Kekayaan

Seorang lelaki di Tanzania telah ditahan polis apabila didakwa telah menjual anak perempuan kandungnya yang berusia 6 tahun untuk dibunuh.

Selepas membunuh mangsa, suspek dikatakan mahu menggunakan tubuh badan anaknya itu untuk dijadikan tangkal bagi membantunya memperoleh kekayaan.

Pihak polis memberitahu, mayat kanak-kanak malang itu ditemui di daerah Mbeya dengan keadaan tidak sempurna tanpa kaki kanan, dipercayai telah dipotong suspek.

Menurut sumber, Mbeya adalah sebuah daerah yang dilaporkan mengamalkan ritual pembunuhan kanak-kanak di mana sekurang-kurangnya 10 kanak-kanak berusia antara dua ke 10 tahun ditemui mati sejak bulan Januari lalu, disyaki akibat kepada ritual yang dijalankan.

Berbalik kepada keadaan mangsa, suspek(bapa mangsa) didakwa menyerahkan kaki kanan anaknya kepada seorang ahli perniagaan untuk dijadikan tangkal.

Bapa tidak berhati perut itu juga didakwa sanggup mengeluarkan belanja sehingga $2000(~RM8,323) sebagai upah untuk ahli perniagaan itu membunuh anaknya sebelum dibawa kepada bomoh untuk menjalankan ritual berkenaan.

Kedua-dua suspek sudah berjaya ditahan pihak polis tempatan dan mereka telah mengakui kesalahan masing-masing. Akan tetapi, bomoh yang terlibat masih lagi bebas dan sedang diburu polis.

Ritual melibatkan pembunuhan atau pengorbanan jiwa bukanlah sesuatu yang pelik di sana. Ia sering berlaku kerana mereka percaya bahawa anggota badan manusia yang sudah mati boleh dijadikan tangkal bagi memberikan mereka tuah dan kekayaan.

Aktiviti ritual itu sudah sampai ke pengetahuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) dan mereka mengecam hebat perbuatan berkenaan.

Sumber: Gulf News

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi