Siakap Keli
Foto: Por Teak Tung Foundation Volunteers

(Gambar)Bayi Malang Tidak Berdosa Dibuang Ibubapa Ditemui Dalam Keadaan Sungguh Menyedihkan

Menyedihkan. Itulah perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan nasib yang dialami oleh seorang bayi perempuan yang ditemui masih hidup selepas ditinggalkan berhampiran sebuah balai polis di Lat Krabang, Thailand semalam.

Lebih menyayat hati, anggota badan bayi malang itu dipenuhi dengan kesan gigitan nyamuk ternasuk di bahagian muka, tangan dan kaki.

Kejadian itu menjadi tular di Thailand dan tindakan ibu bapa kepada bayi tersebut dikecam hebat oleh mereka di sana.

Foto: Por Teak Tung Foundation Volunteers

“Saya harap anak itu selamat dan diserahkan kepada mereka yang menyayanginya,” tegas seorang pengguna media sosial di sana.

Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama kejadian sebegini berlaku di Thailand. Pada April yang lalu, seorang bayi telah ditemui di kawasan tong sampah dengan dipenuhi kesan gigitan nyamuk serta dikerumuni oleh semut di daerah Tambon Ban Kao.

Pihak polis tempatan ketika ini sedang giat menjalankan operasi bagi menjejak ibu bapa mangsa dan diharapkan mereka bakal dikenakan hukuman yang setimpal.

Sumber: Khaosod, Media DTTB

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.