Siakap Keli

Ibadah Terakhir Seorang Remaja, Maut Ditikam Ketika Pulang Dari Masjid

Seorang remaja warga Ireland ditikam hingga mati ketika dalam perjalanan pulang dari masjid di Dublin, Ireland.

Azzam Raguragui, 18 diserang sekumpulan samseng ketika melalui Finsbury Park, Dundrum kira-kira jam 8.10 malam. Dia dibawa ke Hospital St. James dan disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Pembunuhan tersebut masih dalam siasatan pihak polis. Setakat ini, seorang remaja lelaki tampil sebagai saksi kejadian.

Ketika kejadian, sekumpulan remaja yang berada di lokasi tersebut menyangka serangan tersebut hanya pertengkaran biasa dan merakam kejadian berkenaan.

Detektif menolak kemungkinan pembunuhan disebabkan perkauman. Solat jenazah dilakukan di Masjid Sufi, Talbot Street, Dublin.

Setakat ini sahaja, 44 kes pembunuhan berlaku di Dublin pada tahun ini. (Gambar: Daily Mail)

Keluarga dan rakan terdekatnya mencipta akaun Go Fund Me untuk megumpul dana untuk membina perigi bagi pihak Azzam sebagai sedekah jariah.

“Sesungguhnya kita adalah kepunyaan Allah, dan kepada-Nya kita akan kembali. Kami cuba membina sebuah perigi untuk adik kami Azzam (Semoga Allah mengasihani dia), tolong dermakan dengan murah hati.. Ini akan menjadi sedekah jariah yang akan membantunya InsyaAllah jadi sila kongsi dengan keluarga dan teman-teman anda,”

Sumber: Daily Mail

Amira

Love yourself.