Ratusan pengguna perpustakaan ibu kota Australia diarah keluar kerana bau busuk yang dipercayai berpunca dari gas yang bocor.
Kejadian itu yang berlaku pada hari Jumaat, 10 Mei mencetuskan huru hara dan panggilan kecemasan palsu kedua dalam masa setahun.
Anggota bomba dikerah ke perpustakaan University of Canberra kerana aduan bau yang kuat pada sekitar 2.30 petang waktu tempatan (12.40 tengahari waktu Malaysia), menurut agensi kecemasan bandar itu.
Sekitar 550 orang bergegas keluar dari banggunan dalam masa enam minit sementara pagawai bomba masuk ke dalam banggunan perpustakaan untuk meenyiasat punca bau yang dilaporkan.
Hampir sejam kemudian, pegawai bomba kemudianya selesai mencari punca dan menemui dari mana datangnya bau busuk tersebut.
Pasukan HAZMAT juga menjalankan pemantauan udara untuk meyakinkan keadaan sekeliling adalah selamat, menurut agensi itu.
“Apa yang disyaki sebagai gas bocor rupa-rupanya adalah sebahgian buah durian. Buah yang ditinggalkan sudah pun dibuang”, menurut catatan Facebook of Canberra Library.
Menurut laporan, terdapat sebiji buah durian yang ditinggalkan dalam salah satu tong sampah yang ada di dalm perpustakaan.
Tahun lalu, sebbiji durian busuk yang ditinggalkan dalam perpustakaan kampus Universiti Institut Royal Melbourne (RMIT) juga menyebabkan sekitar 500 pelajar dan tenaga pendidik diarah keluar.
Sumber: CNN