Pertambahan usia adalah cabaran bagi warga emas berdepan dengan tahap dan keadaan kesihatan. Sentiasa berhati-hati dengan keadaan kronik yang sering menganggu warga emas, anda boleh mengelakkan ianya berlaku.
Tahap kesihatan yang lemah memerlukan pesakit mengambil ubat dengan kuantiti dan kadar masa yang betul. Kesalahan dalam mengambil ubat akan juga memberi kesan buruk kepada pesakit terutamanya warga tua. Namun, sedarkah anda tidak semua warga tua mampu untuk memahami arahan ubat yang diberikan oleh pegawai farmasi.
Perkara itulah yang terjadi kepada seorang warga tua yang tidak memahami arahan ubat yang diberikan oleh pegawai farmasi. Kisah ini dikongsi oleh cucunya melalui laman Twitter @rohayumn yang menyatakan bahawa ubat neneknya tidak disentuh lansung.
I was shocked when my grandma showed me her untouched meds. I bebel saying that these are expensive n thats why ur BG n BP are high. Then she said,"nenek bukan xnak mkn dik. Tp nenek x faham. Ni nak mntk adk tuliskn dlm jawi. Senang nenek baca."😢
Lesson learnt. Always ask ur pt. pic.twitter.com/g5qsXBOrCy— rohayu mn (@rohayumn) May 4, 2019
Rata-rata pengguna Twitter memuji tindakan tersebut dan memuji akan kepandaiannya menulis jawi.
Selain memuji, pengguna juga turut memberikan cadangan dalam membantu situasi tersebut yang mungkin berlaku kepada individu lain.
Sumber: rohayu mn