Siakap Keli

”Orang Malaysia Pertama Sampai,” Umpama Filem ‘Pirates of Carribbean’, Lelaki Ini Kongsi Keindahan ‘Syurga’ Tersembunyi Di Aceh

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Jika memilih untuk menenangkan fikiran ke negara jiran Indonesia, pasti terbayangkan keindahan Bali, Gili Trawangan, Raja Ampat dan bermacam lagi pulau yang indah memukau mata.

Namun, mungkin ramai yang tidak menyangka di Acheh terdapat pulau-pulau yang dikatakan ‘syurga tersembunyi’ untuk dikunjungi. Lautan biru dan air yang jernih menembusi hingga ke dasar membuatkan anda tak berkelip memandang.

Berpeluang menjejakkan kaki kesana dengan menempuh perjalanan sejauh 8 jam dari Medan, ikuti perkongsian Firdaus seperti di bawah. Katanya, rasa teruja melihat pulau ini umpama berada dalam filem Pirates Of Caribbean!

Bila whatsapp gambar kat kawan-kawan semua tak percaya, kata ni gambar google..

Gambar : Google

Jernih gila air dia, ikan memang banyak, kalau kaki mancing memang syurga. Sumpah banyak ikan GT.. . mula-mula sampai teruja gila sebab nampak macam dalam cerita Pirates of caribbean pulau-pulau dia..

Gambar : Google

Gambar : mister aladin
Gambar : Pulau Banyak/travel dream

Menurut owner tempat ni, kami orang malaysia pertama sampai.. Owner kata, kami tak claim.. hehe.. gambar diambil guna fon je..

Dari medan ke sini 6-8 jam
Dari banda aceh 12 jam

Lokasi: Pulau Palambak, Pulau asok, Pulau Panjang, PULAU BANYAK, Aceh Singkil.

Thank you Felix Bajet Medan bawa kami ke sini.

Sumber : Backpackers Buddies Malaysia (BBM)

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.