Siakap Keli

Percaya Dakwaan Bomoh Anak Sulung Akan Meninggal Jam 5 Petang, Wanita Serah Barang Kemas Bernilai RM 20,000 Untuk Tolak Bala

Di zaman milenium ini pun masih ada yang mempercayai perkara-perkara tahyul. Disebabkan sikap ini, ada pihak yang mengambil kesempatan dan menyebabkan kerugian bernilai beribu-ribu ringgit.

Terbaru, Info Sibu melaporkan penangkapan seorang bomoh warganegara China berusia 46 tahun di sebuah pasar minggu sekitar jam 8 malam semalam.

Suspek dikatakan menipu seorang wanita dari Sibu kononnya boleh membuang bala dalam satu kejadian pada awal Mac lalu. Wanita tersebut telah mengalami kerugian sebanyak RM 20,000 merangkumi barang kemas yang terdiri daripada seutas rantai, tiga utas gelang tangan, tiga bentuk cincin dan dua pasang subang.

Mangsa diperdaya kononnya anak sulung lelakinya akan mati pada jam 5 petang, namun boleh diselamatkan melalui satu ritual membuang bala yang akan dilaksanakan bomoh tersebut.

Bagi menjalankan upacara itu, bomoh tersebut meyakinkan mangsa untuk menyerahkan barang kemas miliknya sebelum menyerahkan satu beg plastik hitam yang didakwa mengandungi barang kemas mangsa yang telah disembahyangkan.

Mangsa dipesan supaya membuka bungkusan tersebut selepas dua bulan.

Walaubagaimanapun beberapa hari kemudian, mangsa membuka bungkusan plastik berkenaan dan terperanjat apabila mendapati ia hanya mengandungi dua botol air mineral dan sebungkus garam tanpa barang kemas miliknya seperti didakwa suspek.

Bomoh tersebut berjaya ditahan dan diserahkan kepada pihak polis setelah suspek terserempak dengan mangsa di sebuah pasar minggu semalam.

Sumber: Info Sibu

Arifah

Banyak benda dalam dunia ni berada di luar pengetahuan kita - lalat hinggap atas kepala sendiri pun kita tak tahu.
So, pause & stop judging everyone we don't know. We might only knew 0.1% of their life.