Siakap Keli
Foto: MetroUK/JEFusion

(Video)Pernah Jadi ‘Hero’ Kanak-Kanak 90-an, Pelakon Power Rangers Merah Ninja Storm Meninggal Dunia

Bagi mereka yang lahir pada tahun 90-an, anda berkemungkinan besar adalah merupakan peminat kepada siri Power Rangers. Siri itu mengisahkan sekumpulan adiwira yang mempertahankan orang ramai daripada bahaya makhluk asing.

Jika ya, ini mungkin berita yang agak menyedihkan bagi anda. Salah seorang bintang siri tersebut, Pua Magasiva telah ditemui mati di kediamannya di Wellington, New Zealand pada Sabtu.

Pua telah memegang watak sebagai Shane Clarke atau Ranger Wind Red dalam Power Rangers: Ninja Storm yang ditayangkan pada tahun 2003. Ia adalah siri ke-11 dalam francais popular berkenaan.

Bagaimanapun, punca kematian beliau masih belum dapat dikenal pasti setakat ini dan tiada sebarang bukti mencurigakan ditemui di rumah beliau oleh pihak polis.

Selain Power Rangers, populariti Pua juga dibantu oleh penglibatannya dalam opera sabun “Shortland Street” selama empat tahun dari 2003 hingga 2006 sebelum kembali membintanginya pada tahun 2011.

Dalam pada itu, “rakan seperjuangannya” dalam Power Rangers, Adam Tuominen telah membuat satu kiriman di akaun Instagram-nya bagi menyuarakan kesedihan beliau atas kehilangan ini.

Glenn McMillan yang memegang watak Dustin Brooks atau Ranger Yellow Wind juga memberikan kata-kata penghormatan buat sahabatnya itu.

“Sentiasa kelakar, bertenaga, memberi dorongan kepada orang disekelilingnya.. Saya akan sentiasa mengingati anda sebegini. Rehat dengan tenang, kawan. #PRNS #powerrangers” tulisnya di Instagram.

Sumber: The Wrap

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Editor: Fazidi

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di