Siakap Keli

Solat Tarawih Paling Lama, Imam Habiskan Satu Mushaf Al-Quran Setiap Malam

Sebelum ini kita pernah mendengar mengenai amalan solat tarawih laju yang dilaksanakan sekelompok penduduk di negara jiran yang mengambil masa selama 7 minit sahaja untuk melengkapkan solat sunat selama 23 rakaat.

Kali ini, sekali lagi di negara jiran, tular mengenai amalan solat sunat tarawih paling lama iaitu memakan masa lebih 8 jam untuk menyempurnakan jumlah rakaat yang sama.

Menurut laporan Liputan 6, jemaah-jemaah di Masjid Agung Al-Fatah, Desa Temboro, Kecamatan Karas, Kabupaten Magetan melaksanakan ibadah tersebut setiap malam sepanjang Ramadan.

Menurut wakit masjid yang juga Pengurus Pesantren Al Fatah, Zaenal Abidin, uniknya amalan solat tarawih yang diadakan di masjid berkenaan kerana mereka menghabiskan satu mushaf Al-Quran setiap malam.

”Jadi, 30 juzuk Al-Quran dibahagiakan dalam 20 rakaat. Satu-satu rakaat rata-rata imam akan menghabiskan bacaan satu juzuk,” katanya.

Kata Zaenal lagi, kebanyakkan jemaah yang menyertai solat tarawih di masjid berkenaan merupakan anak muda yang sedang menuntut agama di pesantrennya.

”Sebenarnya solat tarawih di masjid ini untuk umum, tetapi tempoh yang terlalu lama membuatkan ada yang memilih ke masjid lain,” katanya lagi.

Bagi emamstikan kelancaran ibadah, setiap malam terdapat seramai 4 orang imam yang bergilir-gilir antara satu sama lain mengetuai solat tarawih.

Begitu pun katanya, masjid-masjid dijangkan akan dikunjungi ramai jemaah di antara 1 hingga 15 Ramadan sebelum jumlahnya berkurang menjelang hari raya.

Sumber: Liputan6

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.