Siakap Keli

(Video) Teruja, Manatee Terkejutkan Peluncur, Datang Paut Papan Ajak Main

Manatee dikenali sebagai ‘lembu laut’ disebabkan oleh saiznya yang besar kerana ia datang dari keluarga Sirenia yang sama seperti dugong.

Seorang pengunjung, Celine Chasteen bersama rakannya sedang menikmati keindahan sebuah pulau di Florida dan tiba-tiba didatangi oleh spesis mamalia itu yang berpaut di papan paddleboarding seolah-olah mengajak mereka bermain.

Teruja dengan kehadiran Manatee, mereka terus mendayung dan bermain bersama.

Manatee dikatakan antara haiwan yang semakin terancam.  Oleh itu, mereka tidak boleh dipegang mahupun diganggu.

Tindakan Celine dan rakannya dipuji oleh Suruhanjaya Pemuliharaan Hidupan Liar negara itu kerana dalam pada mereka berseronok dan teruja dengan kedatangan mamalia itu, mereka sama sekali tidak menyentuhnya.

Sumber: Happiest

Nur Farra