Siakap Keli

(Video)”Hanya Pecinta Haiwan Yang Faham”, Gelagat Adik Ini Menangis Selepas Kematian Kucing Raih Simpati Netizen

Kucing adalah satu haiwan istimewa bagi manusia kerana ia boleh dianggap sebagai haiwan peliharaan yang paling manja dengan manusia.

Tidak dapat dinafikan kematian kucing kesayangan boleh dianggap seperti kehilangan ahli keluarga oleh pencinta kucing. Rasa sedih akibat kematian si bulu ini boleh menyebabkan pencintanya mengalirkan air mata malah boleh murung sehingga beberapa hari lamanya.

Kemungkinan itulah yang berlaku kepada dua pemilik kucing, seorang kanak-kanak lelaki dan seorang wanita selepas kematian kucing tersayang yang terjatuh daripada tingkat 17 sebuah kondominium baru-baru ini.

Melihat kepada video yang dikirimkan oleh FrhnFauziii(@NikSems) itu, jelas kesedihan yang amat sangat terpancar di wajah kedua-dua insan tersebut apabila mereka mengalirkan air mata selepas melihat keadaan kucing kesayangan.

Menurut beliau lagi, kucing itu ketika hayatnya suka bersiar-siar dengan pemiliknya dengan menaiki basikal dan sekiranya dimasukkan dalam raga basikal, ia tidak mahu keluar dari situ.

Pengguna lain yang melihat kiriman itu rata-rata bersimpati dengan nasib kucing berkenaan dan tidak kurang juga berkongsi pengalaman mereka kehilangan “si manja” mereka sendiri.

Foto: Twitter @NikSems
Foto: Twitter @NikSems
Foto: Twitter @NikSems

Sumber: Twitter @NikSems

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi