Siakap Keli
Foto: Tengku Mohd Ihsan/Friends of Bomba Malaysia

Baju Kalis Api Dijadikan Sejadah, Foto ‘Abang Bomba’ Solat Dan Berbuka Ketika Bertugas Buat Netizen Sebak

Sewaktu kita sedang menikmati juadah berbuka puasa bersama keluarga di rumah, ketahuilah bahawa ada di antara kita yang kehilangan nikmat itu demi menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka.

Perkara itulah yang terpaksa dihadapi oleh sekumpulan ahli Bomba & Penyelamat Malaysia ketika sedang dalam operasi memadamkan kebakaran baru-baru ini.

Gambar berkenaan telah dimuatnaik oleh Tengku Mohd Ihsan sebelum dikongsikan oleh laman Friends of Bomba Malaysia di Facebook.

Foto: Tengku Mohd Ihsan/Friends of Bomba Malaysia
Foto: Tengku Mohd Ihsan/Friends of Bomba Malaysia

Melihat kepada foto-foto yang dikirimkam, wira-wira ini hanya berbuka puasa di atas jalan sahaja disaat kita selesa di atas kerusi namun mereka kekal ceria menikmati juadah berbuka.

Malah, mereka juga tidak lupa untuk melaksanakan kewajipan sebagai seorang Muslim dengan menunaikan solat berjemaah sebelum menyambung tugasan memadamkan kebakaran.

 

Foto: Tengku Mohd Ihsan/Friends of Bomba Malaysia
Foto: Tengku Mohd Ihsan/Friends of Bomba Malaysia

Perkongsian ini jelas membuatkan ramai wargamaya terharu dengan pengorbanan mereka. Tidak kurang juga ada yang menzahirkan penghargaan kepada wira tidak didendang ini di ruangan komen.

Foto: Friends of Bomba Malaysia
Foto: Friends of Bomba Malaysia
Foto: Friends of Bomba Malaysia

Terdapat juga beberapa ahli bomba lain berkongsikan pengalaman unik mereka ketika berpuasa.

Ternyata jasa dan pengorbanan ahli bomba & penyelamat ini adalah amat besar dan kami mewakili rakyat Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua abang-abang bomba diluar sana.

Sumber: Friends of Bomba Malaysia

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi