Siakap Keli

Berat Dan Besar, Ini Cara Mudah Untuk Anda Mencuci Karpet Di Rumah

Mencuci karpet bukanlah kerja mudah apalagi ia dilakukan oleh golongan tua yang tidak berkemampuan. Jika hantar ke kedai, perlu membayar sejumlah harga pula. Jika satu helai sahaja masih boleh dibayar, jika lebih dari 3, agak keberatan juga. Belum lagi hasilnya selepas dicuci, entah bersih atau tidak. Jadi, mahu tidak mahu, karpet perlu dicuci sendiri.

Namun begitu, anda jangan risau. Terdapat cara mudah untuk mencuci karpen secara manual (tangan). Selain karpet bersih, anda juga dapat mengeluarkan peluh, sama seperti anda melakukan senaman.

Persiapan sebelum mencuci karpet

Sebelum mula mencuci karpet, ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan  agar proses mencuci karpet dapat berlangsung dengan lancar.

  • Vacuum cleaner. Alternatif lain: penyapu lidi/berus plastik. Fungsinya untuk membersihkan debu-debu/kekotoran yang melekat di karpet sebelum karpet mula dicuci.
  • Tongkat. Fungsinya kurang lebih sama dengan vacuum cleaner, tapi memiliki keunggulan dapat mengeluarkan debu-debu ddegil yang melekat di karpet –bergantung kekuatan pemukul-.
  • Sabun basuh/ detergent. Fungsinya untuk membersihkan kekotoran yang melekat di karpet dan boleh dijadikan sebagai pewangi pewangi.
  • Tempat cuci yang luas. Fungsinya jelas, sebagai tempat untuk kita mencuci karpet.
  • Ampaian. Fungsinya juga sudah jelas, untuk menjemur karpet yang sudah dicuci. Usahakan jemuran mendapat sinar matahari secara keseluruhan.
  • Option: pewangi dan baking soda

Langkah mencuci karpet

Jika segala persiapan sebelum mencuci karpet sudah disiapkan. Sekarang, kita akan mencuci karpet dengan langkah berikut:

  1. Bentangkan karpet di atas lantai dan bersihkan debu/rerambut pada karpet menggunakan vacuum cleaner atau penyapu lidi/ berus plastik.
  2. Bentangkan karpet pada ampai, kemudian pukul karpet menggunakan tongkat untuk membersihkan debu degil yang melekat di karpet.
  3. Basahkan permukaan dan bahagian belakang karpet dan biarkan air mengalir sambil sikat secara lembut untuk mencegah terlepasnya rumbai (jika ada) karpet.
  4. Siram sabun pada karpet sambil disikat lagi dengan lembut.
  5. Bilas buih sabun menggunakan air yang mengalir dan lakukan beberapa kali step ini sehingga buih sabun hilang.
  6. Option: Tambahkan pewangi.
  7. Siap untuk djemur.
  8. Option: Setelah karpet kering, taburkan baking soda merata pada permukaan karpet dan tunggu sekitar 30 minit. Fungsinya adalah untuk menghilangkan bau tidak sedap pada karpet. Setelah 30 minit, buang semula baking soda menggunakan vacuum cleaner atau menggunakan penyapu lidi.

Nota tambahan: Sebaiknya, cuci karpet di rumah anda minimal sekali untuk setahun sahaja (bergantung kepada kekotoran/bilangan orang dalam rumah) supaya karpet dapat tahan dengan lebih lama

Sumber: Muhrid.com

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia