Siakap Keli

Nak Join Cabutan Bertuah Huawei & Menang Pelbagai Hadiah? Baca Cara-Caranya Disini

 

Pertandingan fesyen #WEARENOVA, kolaborasi antara siri Nova dan KLFW2019

Minggu Fesyen Kuala Lumpur edisi 2019 (KLFW2019) nampaknya sekali lagi tampil bekerjasama dengan siri Nova 4 dari Huawei. Kolaborasi penuh gaya antara kedua-dua jenama ini bakal memperlihatkan rekaan-rekaan baru dalam arena fesyen yang menghimpunkan lebih 100 pencinta fesyen, bersaing antara satu sama lain dalam menzahirkan cetusan idea mereka.

Dipanggil sebagai #WEARENOVA, pertandingan ini disertai lebih dari 30 pereka fesyen terkenal dan selebihnya merupakan pelajar-pelajar rekaan fesyen dari 10 universiti tempatan. Ia memerlukan peserta menghasilkan sejumlah rekaan berdasarkan kepada siri Huawei Nova 4, sama ada dari segi warna, reka bentuk mahupun nama siri itu sendiri, ‘Nova’. Kebolehan pereka dalam mengilhamkan rekaan itu akan diberi ganjaran dimana pemenang-pemenang bakal membawa pulang wang terkumpul berjumlah RM15,000.

Pertandingan #WERANOVA akan dijalankan selama tiga minggu bermula dari 10 Mei 2019 yang mana pada dua minggu pertama, rekaan tersebut akan dikongsikan pada laman Facebook KLFW dan baki minggu terakhir pula, ia dibuka untuk undian awam bagi mencari idea rekaan yang paling menarik.

Beli Huawei Nova 4 atau Nova 4e dan dapatkan kad VIP bernilai RM1,000 serta peluang menangi Huawei MediaPad M3 Lite

Selain itu disepanjang bulan Ramadhan ini juga, Huawei mengumumkan setiap pembelian bagi dua model dibawah siri Nova 4 (Huawei Nova 4 atau Huawei Nova 4e) bakal disertakan dengan kad VIP bernilai RM1,000 dan pembeli juga berpeluang memiliki secara percuma tablet, Huawei MediaPad M3 Lite yang berharga RM999.

Huawei Nova 4 dan Huawei Nova 4e masing-masing dijual pada harga RM1899 dan RM1199 untuk pasaran dalam negara. Mempertaruhkan spesifikasi baik disamping rekaan luar menawan, promosi yang menawarkan ganjaran istimewa ini pastinya akan menarik perhatian ramai bakal pembeli yang bercita-cita untuk mendapatkannya. Bagi anda yang berhajat untuk mendapatkan salah satu model dari siri Nova 4, ia boleh dibeli secara dalam talian di laman rasmi Huawei atau berkunjung ke Huawei Experiences Store, pengedar sah Huawei seluruh Malaysia atau dapatkannya dari syarikat telco pilihan anda.

Promosi Ramadhan Specials, cabuatan bertuah dengan hadiah utama tiket penerbangan ke Tokyo

Promosi bulan Ramadhan Huawei ini tidak terhenti disini sahaja dimana terdapat juga tawaran menarik lain berupa cabutan bertuah yang menyediakan sepasang tiket penerbangan pergi dan balik ke Tokyo, Huawei P30 Pro serta Huawei Watch GT yang sedang menunggu anda. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai promosi Ramadhan dari Huawei  ini boleh layari laman web Ramadhan Specials oleh Huawei.



 

Siakap Keli

Berita sejurus ia berlaku? Itulah saya....