Siakap Keli

Pelik, Kenapa Bawah Botol Plastik Biasanya Melengkung Dan Tidak Rata? Ini Jawapannya

Meminum air yang banyak sudah sebati dengan kehidupan kita sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai cuaca yang panas dan bersuhu agak tinggi ini.

Oleh itu, tidak hairanlah jika kita dapat melihat ramai penduduk di Malaysia yang sentiasa membawa sebotol air minuman ketika sedang berada di luar rumah atau pejabat.

Namun, adakah anda perasan bahawa kebanyakan botol minuman plastik yang kita beli di kedai mempunyai bahagian bawah yang melengkung dan bukannya rata?

Mengapakah ia diciptakan sedemikian rupa? Adakah ia hanya sekadar rekaan semata-mata atau mempunyai sebab-sebab tertentu untuk dihasilkan dengan reka bentuk tersebut?

Jom kita selidik dengan lebih mendalam mengenai perkara ini.

Banyak Alasan Yang Diberikan, Namun Hanya Tiga Yang Meyakinkan

Jika dicari selidik melalui Internet, banyak alasan yang diberikan oleh pelbagai pihak. Akan tetapi, terdapat dua alasan yang digunapakai oleh lebih banyak pihak dan lebih meyakinkan daripada alasan-alasan lain.

1. Menjadikan botol lebih stabil

Foto: WPLG

Lengkungan yang ada pada dasar botol minuman plastik dikatakan membantu botol lebih stabil daripada dasar yang rata. Tambahan pula, ia membantu botol yang digunakan bagi menyimpan air berkabonat untuk kekal stabil walaupun tekanan dalam botol meningkat apabila air itu bergoncang ketika dalam proses penghantaran.

Sekiranya botol plastik di reka dengan bentuk mendatar pada bahagian bawahnya, mungkin ia boleh melengkung keluar sekiranya tekanan udara meningkat sekaligus menyebabkan lebih mudah terjatuh atau tumbang.

2. Membantu dalam memudahkan pembukaan botol air berkabonat

Foto: The Motley Fool

Jika diperhatikan, kebanyakan botol plastik yang digunakan untuk menyimpan air lebih melengkung atau mempunyai lebih lekukan pada bahagian bawahnya.

Ia didakwa sengaja dicipta sedemikian bagi membantu pengeluaran tekanan udara semasa botol dibuka. Cuba bayangkan jika botol air ber-gas dicipta dalam keadaan rata, mungkin penutup botol akan “terbang” setiap kali kita mahu membukanya.

Didakwa Sebagai Strategi Pemasaran, Namun Hujah Kurang “Solid”

Selain itu, botol minuman plastik dicipta dengan bahagian bawah melengkung juga dikatakan bertujuan sebagai strategi pemasaran.

Para pengeluar didakwa menggunakan trick ini  untuk memberikan ilusi penglihatan kepada pengguna supada mereka melihat air dalam botol tersebut lebih penuh daripada keadaannya yang sebenar.

Akan tetapi, hujah ini turut disangkal oleh beberapa pemerhati. Ini kerana menurut mereka, sekiranya dakwaan ini tepat, botol air minuman sepatutnya perlu dicipta dalam ukur lilit yang lebih kecil.

Bagaimanapula dengan anda? Adakah anda mempunyai pandangan yang berbeza dengan dakwaan-dakwaan di atas? Sekiranya ada, sila kongsikan bersama kami di ruangan komen, ya.

Sumber: Discoverfoodtech, Muhrid, Quora

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.