Siakap Keli

Minta Snek Untuk Bersahur, Pemuda Terkesima Dengan ‘Kejutan’ Dari Hotel

Berbuat baik ialah bentuk kemanusiaan yang tertinggi. Baru-baru ini, sebuah hotel Ibis di Dublin menerima pujian orang ramai apabila memberi layanan yang tidak dijangka kepada seorang tetamu beragama Islam di situ.

Seorang pengguna Twitter, Hemant berkongsi pengalamannya bersama seorang rakan beragama Islam yang tinggal di hotel berkenaan.

Hemant berkata, rakannya bertanya kepada pihak hotel sekiranya mereka mempunyai snek untuknya bersahur sebelum mula berpuasa pada pukul 3.33 pagi. Pihak hotel berkenaan kemudian menjemput rakannya untuk turun pada jam 2.30 pagi. Mengujakan, pihak hotel tersebut menyediakan bufet lengkap sarapan semata-mata untuk rakannya!

Perkongsian tersebut menerima respon positif daripada seorang pengguna Twitter yang turut memuji dan berkongsi pengalaman manisnya menjalankan ibadah Ramadhan di negara tersebut.

Umer Usman berkongsi pengalaman manis berpuasa di Ireland apabila seorang pemilik restoren secara peribadi menghantar hidangan sahur ke biliknya beberapa tahun lalu.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman manis mereka bersahur di hotel-hotel di negara lain.

Ternyata, kemanusiaan masih hidup.

Sumber: Hemant

Amira

Love yourself.