Siakap Keli

‘Pressure Cooker’ Meletup, Tak Pasal-Pasal Kaki Melecur Sampai Kena Bedah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Malang tidak berbau. Kemalangan boleh berlaku kepada sesiapa di mana sahaja pada bila-bila masa.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter, Emma Azman berkongsi kesedihan apabila adik dan ibunya melecur teruk apabila pressure cooker mereka ‘meletup’ ketika cuba membuka penutup periuk berkenaan.

“Masa tu lagi 15 min nak azan berbuka ibu suruh adik aku bukak penutup pressure cooker tu. Sekali dia meletup habis kena badan kaki adik aku,” kata Emma.

Emma turut memuat naik gambar kecederaan yang dialami ibu dan adiknya.

Keadaan kaki adiknya yang melecur tahap 2.
Tangan ibunya yang menggelembung mula menggelembung akibat melecur tahap 1.

Kau bayang kan eh lagi 15 minit nak berbuka jadi macam ni. Ya Allah betul-betul dugaan masa tu. Masa tu dah call ambulance dah suruh ambik adik aku tapi ibu kitaorang hantar dia sendiri ke kecemasan

Doktor cakap adik aku burn stage 2 which is teruk jugak lah. Kesian dia. Ibu, doktor cakap burn stage 1

Rupanya melecur dia teruk tu doktor decide dia kena operate tadi pagi. Dia kena buat skin graft amik kulit lain tampal dekat tempat kulit yang dah mati tu.

Semoga ibu dan adik Emma cepat sembuh seperti sediakala.

Sumber: Emma Azman

Amira

Love yourself.