Siakap Keli
Gambar Hiasan

”Ia Bukan Dari Kami,” SPRM Minta Tidak Terperdaya Dengan Taktik Baru Scammer

Tidak dinafikan, aktiviti scam melalui panggilan suara yang dibuat oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab boleh menyebabkan kerugian harta benda kepada mangsa terlibat.

Terbaru, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui satu tweet sebentar tadi mengingatkan orang ramai mengenai kegiatan scam yang menggunakan nama suruhanjaya tersebut.

”Jangan terpedaya dengan taktik scam yang menyatakan anda terlibat dalam siasatan SPRM dan meminta anda memberikan butiran peribadi seperti nombor kad pengenalan atau nombor akaun bank.

”Ia bukan dari SPRM. SPRM tidak pernah meminta mana-mana orang untuk mendedahkan butiran peribadi melalui telefon, emel, mesej atau Whatsapp,” kata tweet berkenaan.

Sehubungan itu, SPRM meminta orang ramai sentiasa waspada dan merujuk dengan kenyataan media yang dimuat naik sebelum ini.

Sumber: SPRM

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.