Bagi mereka yang bergelar sebagai seorang guru mungkin masih keliru dengan jadual cuti perayaan sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi. Apalah gunanya sambut hari raya tanpa adanya insan yang tercinta di sisi bukan?
Baru ini Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan senarai cuti perayaan KPM 2019. Makluman tersebut telah dibuat melalui surat siaran SPI Bil 10 tahun 2018 yang turut memaklumkan Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan bagi tahun 2019.
Cuti Hari Raya Bagi Tahun 2019

Mengikut takwim cuti sekolah telah diselaraskan dan ianya tidak perlu diganti.
Perkara ini sekaligus memudahkan ibu bapa membuat perancangan pulang ke kampung pada 5 Jun 2019 ini.

Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia