Siakap Keli

Sepanyol Tutup Gelongsor Mainan Terpanjang Selepas 48 Jam Dibuka Akibat Berlaku Banyak Kecederaan

Gelongsor sepanjang 125 kaki yang menghubungkan dua jalan di Sepanyol terpaksa ditutup dalam tempoh 48 jam sahaja selepas dibuka ekoran beberapa laporan kecederaan yang dihadapi oleh pemain.

Gelongsor yang diperbuat dari kelului itu bermula di bandar peranginan Costa del So dibina adalah dengan tujuan untuk memberikan kemudahan jika ada pelancong yang ingin ke mana-mana. Sebelum ini, kebanyakan pelancong hanya akan berjalan kaki sahaja. Ia menjimatkan masa selama 10 minit selain untuk membangunkan semula kawasan itu.

Pembinaan gelongsor itu dipercayai  sebagai gelongsor paling panjang di Sepanyol dan mempunyai kecenderungan hanya sekitar 34 darjah, namun ramai yang mengalami kecederaan sehingga mendatangkan kebimbangan pelancong dan warga tempatan lain.

Gelongsor berbahaya itu dibuka pada hari Khamis dan ada dari pelancong memuat naik ke laman sosial mereka beberapa video yang menunjukan orang ramai dari pelbagai usia terbang menggunakanya.

Selepas beberapa lama aduan kecederaan diadukan, pihak berkuasa tempatan mengarahkan syarikat swasta menjalankan pemeriksaan keselamatan.

Salah seorang pengguna media sosial yang turut sam bermain dengan gelongsor terpanjang itu menulis di dalam akaun twiter miliknya; saya meneruskan bermain dengan gelongsor itu dn mendapat kecedaran. Saya terbang dua meter san polis yang melihat saya ketawa”

Dia kemudianya berkongsi gambar tanganya yang berdarah dan menyatakan masih ada lagi bahagian badanya lebam dan teruk.

Pihak berkuasa tempatan berkata bahawa kecederaan yang dipamerkan adalah kes ‘terpencil’ dan tidak seperti yang digembar-gemburkan. Lebih seribu orang yang menggunakan gelongsor itu dengan betul selepas mengikuti arahan yang disediakan.

Berikutan daripada kecederaan yang dialami pengguna, kejadian itu mencetuskan hhuru-hara dan ramai yang berdemo kerana ada mangsa yang diejek dan diketawakan di media sosial kerana berkongsi gambar mereka yang cedera.

Kejadian itu mengundang gurauan seperti ‘dalam episod akhir Game of Thrones, watak-watak dibuang ke bawah gelongsor Estepona dan sesiapa yang bertahan, dia akan memenangi takhta”.

Sumber: DailyMail

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia