Siakap Keli

(Video) Meremang, Angklung Diambil Untuk Bangunkan Orang Sahur Ini Berbunyi Sendiri

Sudah menjadi satu budaya di negara jiran Indonesia, ritual atau upacara membangunkan orang sahur di kampung-kampung dengan membunyikan alat-alat muzik seperti drum, trompet atau angklung.

Namun, lain pula jadinya apabila angklung didakwa ‘bermain’ sendiri ketika seorang penduduk kampung ingin mengambilnya bagi mengejutkan masyarakat setempat untuk bangun sahur.

Kejadian aneh yang tidak didedahkan lokasinya sempat dirakam dan menjadi tular di media sosial sejak dimuat naik jumaat lalu di twitter.

Menerusi video berkenaan, kedengaran bunyi angklung yang begitu kuat dari sebuah bilik. Seorang lelaki beristighfar berulang kali untuk membuka pintu bilik berkenaan sambil menyebut nama Allah dengan suara yang gementar.

Apabila pintu bilik dibuka, tiada sesiapa kelihatan berada di dalamnya. Apa yang ada hanyalah angklung yang sedang berbunyi sendiri. Tonton video di bawah. Meremang!

Sumber : iskandar mustofa

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.