Siakap Keli
Foto: Nizam Hakim

(Video)Cantik, Masjid Al-Ghazali Dibina Hasil Sumbangan Pampasan Mangsa MH17 Kini Dibuka Untuk Kegunaan Orang Ramai

Rasulullah SAW pernah bersabda,“Jika seseorang manusia (Islam) meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah yang berterusan, ilmu pengetahuan yang dapat memberi faedah (kepada dirinya atau kepada orang lain) dan anak yang soleh/solehah yang beramal baik dan sentiasa mendoakan kepadanya”.

Alhamdulillah, setelah kira-kira dua tahun proses pembinaan, Masjid Al-Ghazali yang terletak di Jalan Depo Petrajaya telah mula dibuka kepada orang ramai sejak 13 Mei baru-baru ini.

Tahukah anda, Masjid Al-Ghazali ini dibina atas ikhtiar waris dan keluarga almarhumah Ariza Ghazalee yang telah terkorban dalam nahas MH17 pada 17 Julai 2014 yang lalu?

Tragedi yang mengorbankan 298 nyawa itu turut mengorbankan enam sekeluarga yang berasal dari Kuching, Sarawak. Enam sekeluarga tersebut ialah;

1. Tambi Jiee, 49 tahun (ayah)

2. Ariza Ghazalee, 46 tahun (ibu)

3. Muhammad Afif 19 tahun (abang sulung)

4. Muhammad Afzal, 17 tahun (abang kedua)

5. Marsha Azmeena, 15 tahun (anak perempuan)

6. Muhammad Afruz 13 tahun (Bongsu)

Almarhum Ariza sekeluarga. (Gambar: Facebook)

Waris mangsa sebulat suara mewakafkan wang pampasan keluarga tersebut sebagai salah satu amal jariah bagi pihak almarhum Ariza sekeluarga.

Pembinaan peringkat awalan masjid tersebut merangkumi ruang solat utama, ruang solat perempuan, tandas, tempat wuduk, pejabat dan lain-lain kemudahan. Dengan keluasan 620 meter persegi, masjid tersebut boleh memuatkan 450 orang jemaah pada satu-satu masa.

Rasullullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda; “Sesiapa yang membangun masjid kerana Allah walaupun hanya selubang tempat burung bertelur atau lebih kecil, maka Allah bangunkan baginya rumah seperti itu pula di syurga.” (HR. Ibn Majah)

Dalam satu hadith lain yang diriwayatkan oleh Al-Mustaurid bin Syaddad, Rasulullah SAW bersabda, “Demi Allah, tidaklah dunia dibandingkan akhirat kecuali seperti seseorang dari kalian mencelupkan jarinya ke laut, maka lihatlah apa yang tersisa di jarinya jika ia keluarkan dari laut?”

Moga-moga almarhum Ariza Ghazalee sekeluarga sentiasa dirahmati.

Bagi sesiapa yang ingin memberi infak untuk kegunaan masjid, boleh salurkan ke Jawatankuasa Pembinaan Surau Al-Ghazali.

RHB Bank : 21125460007829

(Gambar: Nizam Hakim)

(Gambar: Nizam Hakim)
(Gambar: Zuria Lan)
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=iyvcSn_nNVo]

 

Sumber: Nizam Hakim, Masjid Al-Ghazali

Amira

Love yourself.