Siakap Keli

Wanita Norway Mati Kerana Rabies Selepas Selamatkan Anjing Ketika Di Filipina

Seorang wanita dari Norway, 24 tahun meninggal dunia kerana digigit anak anjing yang diselamatkanya semasa dia bercuti ke Filipina, menurut sumber dari salah seorang keluarganya.

Pada bulan Februari semasa dia bersama kawan-kawanya bercuti ke Filipina, Birgitte Kallestad menemui anak anjing yang tidak bermaya di tepi jalan semasa menaiki skuter.

Melihat anak anjing itu, Birgitte kemudian mengambil dan letakkan ke dalam bakul sebelum membawanya ke resort tempat menreka menginap. Dia membersih dan merawatnya. Mereka menjadi rapat dan sering bermain bersama di kawasan taman bersama. Mengikut sumber dari kawan-kawanya, anak anjing itu menjadi bertambah sihat.

“Dalam keadaan mereka bermain, anak anjing itu menggigit tangan Birgitte tapi ia tak menyakitkan. Ia sama seperti anjing dan kucing sihat yang bergurau sambil menggigit tangan tuanya”, tambah kenyataan itu.

Mangsa yang merupakan seorang kakitangan hospital, mula berasa sakit dan tidak sihat sekembalinya ke Norway sebelum dimasukkan ke hospital Forde di bahagian rawatan intensif, dimana tempat dia bekerja sebelum dia disahkan meninggal dunia pada petang isnin.

Menurut keluarga lagi, tiada seorang pun di dalam kumpulan kawan anaknya diberikan vaksin terhadap penyakit rabies.

Sekurang-kurangnya terdapat 59,000orang di seluruh dunia mati setiap tahun dari penyakit yang diterima dari haiwan, menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). Lebih dari 99% mangsa adalah dari negara-negara Asia, Afrika dan Amerika Selatan.

Sumber: The Jakarta Post

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia